Tuesday, August 24, 2010
Model Pengajaran Sosial
Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya6.
Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara berfikir yang ki ta miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity)
Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain
sebagai model merupakan tindakan belajar.
Bandura (1977) menyatakan bahawa "Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most human behaviour is learned observationally through modelling: from observing others one form an idea of her new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a guide for action".
Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial jenis ini. Contohnya, seorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik.
Teori belajar ini juga dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang belajar dalam keadaan atau lingkungan sebenarnya. Bandura (1977) menghipotesiskan bahawa tingkah laku (B), lingkungan (E) dan kejadian -kejadian internal pada pelajar yang mempengaruhi persepsi dan aksi (P) adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh ata u berkaitan (interlocking). menurut Albert Bandura lagi, tingkah laku sering dievaluasi, iaitu bebas dari timbal balik sehingga boleh mengubah kesan-kesan personal seseorang. Pengakuan sosial yang berbeza mempengaruhi konsepsi diri individu.
Hubungan yang aktif dapat mengubah aktiviti seseorang. Seterusnya, menurut Bandura (1982), penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang kompleks tidak hanya bergantung pada proses perhatian, motor reproduksi dan motivasi, tetapi juga sangat dipengaruhi oleh unsur -unsur yang berdasarkan dari diri pelajar sendiri iaitu sense of self Efficacy dan self-regulatory system. Sense of self efficiancy adalah keyakinan pembelajar bahawa ia dapat menguasai pengetahuan dan keterampilan sesuai seperti yang berlaku.
2.0 BIODATA
Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. di sebuah perkampungan kecil di sebelah utara Alberata, Kanada. Beliau merupakan anka lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia.
Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada tahun 1952. dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.
Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University.
Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. .
Beliau kemudiannya mengahwini Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran ph.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai profesor dan Seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip bela jar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme.
Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.
Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan maklumat yang mereka perlukan.
3.0 PRINSIP/ KONSEP
Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam masyarakat.
Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan.
4.0 MAKLUMAT
MODEL SOSIAL
Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsang murid-murid kita secara social, bahkan secara intelek. Oleh hal yang demikian, mereka mengesyorkan agar guru member tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi social bagi mencapai matlamat tersebut.
Untuk makluman anda, apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka akan lebih Berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang dikenali sebagai sinergi. Bagi memaksimunkan fenomena ini, seelok-eloknya kita bentukkan komuniti pembelajaran. Melalui budaya sekolah yang bersifat positif ini, kita akan dapat memgembangkan cara-cara berinteraksi yang lebih beringtegrasi dan produktif seterusnya membentuk aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.
Antara model-model yang terkandung dalam model sosial,ialah pembelajaran koperatif,main peranan dan simulasi.
4.1 PEMBELAJARAN KOPERATIF
4.1.1 APA DIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?
Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut.
Selain itu, murid juga berlajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini juga bertujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula, dengan membuat kerja dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)
4.1.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti merupakan asas utama dalam pembelajaran koperatif. Selain itu, pembelajaran koperatif juga merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan, pelbagai latar belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik bekerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pelaksanaan aktiviti dikawal mengikut masa yang ditetapkan, diatur supaya peluang pembelajaran adil dan telus dan ada pengukuhan yang jelas. Akhir sekali, pembelajaran ini juga dapat menggalakkan pelajar diberi ruang merehatkan minda (Brain Breaks) untuk mengelakkan pelajar merasa bosan dan cepat jemu.
4.1.3 UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
• Saling bergantung antara satu sama lain secara positif
• Saling berinteraksi secara bersemuka
• Tanggungjawab individu
• Kemahiran sosial
• Pemprosesan pasukan
4.1.4 FALSAFAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Menurut falsafah pembelajaran koperatif, pembelajaran ini berasaskan pengalaman bagi seseorang individu . pengalaman yang dimaksudkan ialah apabila membuat kerja secara individu, Pelajar akan dapat mengimbau kembali pengalaman membuat kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan dapat melaksanakan kerja individu dengan mudah. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mengintergrasikan pembelajaran masteri, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, selain dari mengukuhkan kemahiran sosial
4.1.5 TOKOH-TOKOH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama dan pembelajaran koperatif juga merupakan pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. (Menurut Effandi Zakaria (1998))
Selain itu pembelajaran koperatif juga mempunyai beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teamsgames- tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pembelajaran ini juga dapat menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
4.1.6 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
Kaedah Teknik
1. PEMUDAHCARA Proses memudahkan sesuatu tindakan,
Kemahiran memotivasikan murid,
Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan
lancar,
Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat
kepimpinan,
Sesuai untuk aktiviti kumpulan,
kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dll,
Teknik pemudahcaraan – perbincangan, perbahasan,
seminar, forum, sumbangsaran, sesi buzz dll.
2. PERBINCANGAN3.
Aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas,
Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat
Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara
Mengemukakan topik perbincangan dan soalan,
Galakkan murid main peranan aktif dalam memberi
pandangan,
Guru memberi panduan / bimbingan
Guru atau murid membuat rumusan
Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan
kumpulan.
4. BERCERITA
Satu kaedah mengajar yang boleh menarik minat murid belajar
Isi disampaikan dengan kaedah bercerita
Kemahiran bercerita adalah diperlukan guru
Pelbagai gaya bercerita boleh digunakan untuk
penyampaian pengajaran
Secara lisan, melalui pita rakaman, melalui
patung-patung, melalui pita video, VCD,
komputer dsb.
5. BERMAIN Melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal,
Aktiviti permaianan memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi jasmani, intelek, rohani dan sosial
Menghilangkan bosan dan menggalakkan keseronokan belajar
Biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Permainan bahasa, kuiz, teka teki, silang kata, penyelesaian masalah, memadan, demonstrasi dsb.
Individu, berpasangan, kumpulan & secara kelas.
4.1.7 CARA (DEMONSTRASI)
• Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara,
• Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.
• Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.
• Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb.
• Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.
• Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan model persepsi.
• Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat muzik,
• Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh murid-murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih.
• Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video
4.1.8 STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
- Team Interview - Team Project
- Fan-N-Pick - Rally Robin
- Round Robin - Rally Table
- Round Table - Simultaneous Round
- Table - Talking Chips
- Show Down - Trade-A-Problem
- Line Ups -Team Word-Web
- Gallery Tour - Think-Pair-Share
- Team Statement - Traveling File
- Rotating Review - Mendeklamasikan sajak / pantun/ menyanyi lagu
4.1.9 KEISTIMEWAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
5.2 MAIN PERANAN
4.2.1 Konsep
Pembelajaran main peranan merupakan satu teknik mengajar dalam bilik darjahyang dilakukan oleh guru dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran main peranan mengajarkan kepada murid tentang lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip iaitu murid akan diberikan satu situasi atau keadaan dan murid akan melakonkannya secara spontan dengan menggunakan skrip sendiri.
Selain itu pembelajaran main peranan ini juga menggambarkan keadaan yang berlainan misalnya, murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengiut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.
4.2.2 Tujuan
Pembelajaran main peranan ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid memahami tingkah laku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. Selain itu, dapat meningkatkan lagi daya permikiran yang matang dikalangan murid-murid ketika hendak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Tujuan yang lain ialah dapat mengukuhkan kemahiranpertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal dan terancang.pembelajaran ini juga dapat membantu mereka mengumpul serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, megembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan boleh menambahbaikkan kemahiran sosial mereka.
Yang terakhir adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.
4.2.3 LANGKAH-LANGKAH MAIN PERANAN
CONTOH AKTIVITI
Contoh Pelajaran melalui Teknik Main Peranan
- Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan Moral
- Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup berkelompok.
- Watak-watak : Harimau, anak kerbau dan sekumpulan kerbau
5.3 SIMULASI
4.3.1 KONSEP
Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.
Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.
4.3.2 TUJUAN
Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses sibernetika. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk:
(1) melatih keterampilan tertentu baik bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian
(2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip
(3) melatih memecahkan masalah
(4) meningkatkan keaktifan belajar
(5) memberikan motivasi belajar kepada murid
(6) melatih murid untuk mengadakan kerjasama dalam situasi kelompok
(7) menumbuhkan daya permikiran kreatif dan kritis di kalangan murid
(8) melatih murid untuk mengembangkan sikap toleransi.
4.3.3 LANGKAH-LANGKAH SIMULASI / TIRUAN
Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan,
pengeluaran dan motivasi.
Langkah-langkah proses peniruan Pengaplikasian dalam P&P
1. Pemerhatian (Attention)
- iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan
model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk
kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain yang dimiliki.
Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.
2. Penyimpanan (Retention),
- iaitu langkah-langkah perlakuan model akan
disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3. Pengeluaran, (Repr oduction) - iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan
dalam situasi yang sesuai. Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Sebagai contoh, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran
motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan
4.3.4 PROSES-PROSES SIMULASI / TIRUAN
Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah :
Proses dalam
Teori Pembelajaran Tiruan Contoh-contoh Aktiviti
i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
-Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika mengajar
mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak
‘promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan
secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.
ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
- Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak
adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas
semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu
perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan
tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.
iii) Proses tiruan melalui elisitasi
- Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.
Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul
keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk
meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.
5.0 FOTO MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL
6.0 IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapar meniru tingkah laku positif secara tidak lansung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik.
Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara cirri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personality dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata pelajaran.
Akhir sekali, implikasi yang dapat diterangkan ialah peniruan juga boleh dilakukan secara tidak lansung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditoton dan tidak sesuai ditonton oleh mereka.
7.0 ANALISIS TEKNIK SWOT
Kelebihan Dan Kelemahan Model Pembelajaran Simulasi
Wina Sanjaya (2007) menyatakan bahwa terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dengan menggunakan simulasi sebagai metode mengajar.
Kelebihan Model pembelajaran ini di antaranya adalah:
1) Simulasi dapat dijadikan sebagai bekal bagi siswa dalam menghadapi situasi yang sebenarnya kelak, baik dalam kehidupan keluarga, masyarakat, maupun menghadapi dunia kerja.
2) Simulasi dapat mengembangkan kreativitas siswa, karena melalui simulasi siswa diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan.
3) Simulasi dapat memupuk keberanian dan percaya diri siswa.
4) Memperkaya pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi berbagai situasi sosial yang problematis.
5) Simulasi dapat meningkatkan gairah siswa dalam proses permbelajaran.
Kelemahan model pembelajaran ini, di antaranya adalah:
1) Pengalaman yang diperoleh melalui simulasi tidak selalu tepat dan sesuai dengan kenyataan di lapangan.
2) Pengelolaan yang kurang baik, sering simulasi dijadikan sebagai alat hiburan, sehingga tujuan pembelajaran menjadi terabaikan.
3) Faktor psikologis seperti rasa malu dan takut sering memengaruhi siswa dalam melakukan simulasi.
PELUANG
Model pengajaran sosial telah member banyak peluang kepada pelajar. Sebagai contohnya melalui pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar banyak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Murid-murid dapat belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat idea dan kemahiran yang penting, di samping memikirkan cara-cara penyelesaian bagi masalah yang timbul. Selain itu, mereka juga akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Dalam pada itu, setiap ahli juga mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang.
Model pengajaran sosial ada juga menerangkan tentang teknik main peranan. Teknik inijuga banyak member peluang kepada murid-murid. Teknik main peranan membantu murid-murid kita untuk memahami tingkah laku sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, teknik ini juga membantu mengenai isu-isu sosial, Memgembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan menambahbaikkan kemahiran sosial mereka.
Teknik simulasi juga tidak ketinggalan dalam memberikan peluang kepada pelajarnya. Tknik simulasi dapat membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek sebenar. Sebagai contoh, katakana kita ingin mengajar cara-cara membedah seekor katak. Terlebih dahulu, adalah disyorkan agar kita menunjukkan pembedahan bersifat simulasi menggunakan computer. Dengan ini, murid-murid akan didedahkan untuk melihat dengan sendirinya kandungan organ dalam seekor katak sebelum mereka melakukan pembedahan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.
Monday, August 23, 2010
Model Personal
PENGENALAN
Secara umum, model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Perihalan sedemikian seelok-eloknya direkabentuk agar bersesuaian dengan pelbagai seting pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi.
Juga diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan matapelajaran yang berkenaan. Dengan kata lain, model-model pengajran sebenarnya adalah model-model pembelajaran.
Secara umunya model-model pengajaran boleh dikategorikan kepada empat kumpulan model iaitu : -
- Model Pemprosesan Maklumat : Contoh, perolehan konsep Bruner, Goodnow dan Austin.
- Model Behavioris : Contoh, pengajaran langsung Glaser dan sebagainya.
- Model Sosial : Contoh, Siasatan kumpulan Dewey, Sharon et. Al.
- Model Personal : Contoh pengajaran bukan mengarah Rogers.
Pengkategorian kepada empat kumpulan diatas dasar bahawa model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar.
Dan pada kali ini, tugasan ini hanya akan berfokuskan kepada model pengajaran yang keempat iaitu Model Personal yakni bermula daripada sejarah bermulanya model pengajaran ini sehinggalah kepada implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara 1940:
Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.
Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.
Antara 1950:
Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.
BIODATA CARL ROGERS
Nama sebenar beliau ialah Carl Ransom Rogers. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago. Bapanya bernama Walter A. Rogers iaitu seorang jurutera sivil dan ibunya, Julia M. Cushing seorang suri rumah yang warak dalam agama kristian. Beliau merupakan anak yang ke empat daripada enam orang adik-beradik.
Rogers cukup cerdas dan boleh membaca dengan baik sebelum masuk ke sekolah. Setelah mendapat pendidikan di sebuah rumah pendeta agama, Jimpley dan etika persekitaran sebagai Putra Altar,beliau menjadi orang agak terpencil dan disiplin, dan memperoleh pengetahuan dan penghargaan terhadap kaedah saintifik dalam dunia praktikal. Pilihan kerjaya pertamanya adalah pertanian, di University of Wisconsin-Madison, diikuti pula oleh sejarah dan kemudiannya agama. Pada usia 20, beliau meneruskan perjalanannya ke Peking, China, untuk menghadiri persidangan Kristian antarabangsa. Beliau mulai meragui keyakinan agamanya. Untuk membantu memperjelas pilihan kerjayanya, beliau menghadiri seminar yang bertajuk “ Kenapa saya masuk Kementerian?,” Setelah itu ia memutuskan untuk menukar kerjayanya.
Setelah dua tahun beliau meninggalkan seminar, beliau menghadiri ke Teachers College, Columbia University,bagi mendapat ijazah MA pada tahun 1928 dan seterusnya PhD pada 1931. Ketika menyiapkan tesis doktornya, beliau juga terlibat dalam kajian kanak-kanak. Pada tahun 1930, Rogers berkhidmat sebagai pengarah Masyarakat untuk program Pencegahan Kekejaman terhadap Anak-anak di Rochester, New York. Pada tahun 1935 hingga 1940, beliau mengajar di University of Rochester dan menulis buku bertajuk The Perubatan Klinik Anak Soal (1939) iaitu buku yang berdasarkan pengalamannya dalam pekerjaan dengan anak-anak bermasalah. Pada tahun 1940, Rogers menjadi profesor psikologi klinikal di Ohio State University, di mana beliau menulis buku keduanya, Kaunseling dan Psikoterapi (1942).
PRINSIP-PRINSIP MODEL PENGAJARAN PERSONAL
Secara amnya, prinsip-prinsip didalam model pengajaran personal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pengajaran tidak langsung (non-direktif) dan synectics. Kesemuanya ini akan dijelaskan seperti yang berikut :-
Pembelajaran Secara Kritis dan Kreatif
Pemikiran Secara Kritis
1. Pemikiran kritis ialah penggunaan cara berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu perkara secara rasional.
2. Ianya berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berrdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya.
3. Ianya juga merangkumi dua komponen iaitu :-
4. Pembelajaran ini membolehkan murid menganalisis dan menilai secara rasional dan logikal terhadap sesuatu idea.
Pemikiran Secara Kreatif
1. Ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasi atau mereka cipta sesuatu yang baru.
2. Kemahiran ini mempunyai dua komponen :-
3. Ianya membolehkan murid mengembangkan, memodifikasikan, mengubahsuaikan atau mencipta sesuatu yang baharu melalui pemikiran ini.
Strategi Pengajaran-Pembelajaran KBKK
Strategi asas yang sering kali digunakan ialah strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal. Disamping itu, kaedah dan teknik seperti kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran juga perlu dipertimbangkan. Kaedah dan teknik ini sesuai digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jadual dibawah menunjukkan ringkasan perkaitan KBKK dengan pendekatan, strategi dan teknik, dan alat berfikir.
| Kemahiran Berfikir Kritis&Kreatif | Pendekatan | Teknik Utama | Strategi dan Teknik P&P | Alat-alat Berfikir |
| 1.Membanding dan Membeza | Pendekatan Penyebatian KBKK Sepenuh atau Separa |
Membentuk dan Mengurus Penyoalan | -Analisis : ciri-ciri persamaan dan perbezaan -Perbincangan -membuat kesimpulan : kaedah induksi | Pengurusan Grafik, CoRT l : PMI |
| 2.Membuat inferens | -Perhatian : ciri-ciri maklumat -Perbincangan : pola-pola maklumat -Membuat inferens -Kaedah induksi | Peta Minda, Carta, CoRT l : CAF | ||
| 3.Membuat generalisasi | -Kaedah induksi -Kaedah deduksi -Kaedah inkuiri | Pengurusan Grafik, CoRT l : CAF | ||
| 4.Membuat keputusan | -Perbincangan secara kelas atau kumpulan -Kaedah penyelesaian masalah | Pengurusan Grafik, CoRT I : CAF, C&S, FIP, APC, OPV | ||
| 5.Menyelesaikan masalah |
PENGAJARAN NON DIREKTIF :
Model Pengajaran Non-Direktif didasarkan kepada penelitian dari Carl Roger dan para penyokong lain dari kaunseling bukan-direktif. Rogers memperluaskan pandangan terapinya sebagai suatu model pembelajaran bagi pendidikan. Beliau percaya bahawa hubungan manusia yang positif akan memberikan kesempatan luas bagi sumber manusia untuk berkembang, dan oleh kerananya, instruksinya harus lebih didasarkan kepada konsep hubungan sumber manusia berbanding kepada konsep masalah subjek, proses berfikir, ataupun sumber-sumber intelektual lain. Hebatnya guru dalam pengajaran bukan-direktif adalah pada peranan guru tersebut sebagai fasilitator bagi pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Didalam peranan ini, guru akan membantu pelajar untuk mencari idea-idea baru tentang kehidupannya, baik yang berkaitan dengan sekolah mahupun dalam kehidupannya sehari-harian. Model ini beranggapan bahawa pelajar perlu bertanggungjawab atas proses belajarnya dan kejayaannya sangat bergantung kepada keinginan pelajar dan pengajar untuk berkongsi idea secara terbuka dan berkomunikasi secara jujur dan terbuka dengan orang lain.
Orientasi Terhadap Model Ini
Model pengajaran bukan-direktif menumpukan kepada fasilitator belajar. Tujuan utamanya adalah untuk membantu pelajar dalam mencapai integrasi dan keberkesanan tertinggiya serta melakukan penilaian kendiri yang realistik.
Model ini menggambarkan konsep yang dikembangkan oleh Carl Roger untuk kaunseling bukan-direktif, di mana keupayaan pelanggan untuk melayan kehidupannya secara konstruktif sangat ditekankan. Dengan demikian, didalam pengajaran bukan-direktif guru sangat menumpukan kemampuan pelajar untuk mengenalpasti masalahnya dan merumuskan penyelesaiannya.
Pengajaran bukan-direktif cenderung bersifat menumpukan kepada pelajar di mana fasilitator berusaha untuk melihat dunia sebagaimana pelajar melihatnya. Hal ini akan menciptakan suasana komunikasi yang empathetic dimana pengendalian diri pelajar boleh dipupuk dan dikembangkan.
Guru juga berperanan sebagai benevolent after ego, (kebajikan selepas ego) di mana ia menerima semua perasaan dan pemikiran, bahkan dari pelajar yang mempunyai pendapat keliru. Disini guru secara tidak langsung berkomunikasi dengan pelajar bahawa semua pendapat dan perasaan boleh diterima.
Teknik utama untuk mengembangkan hubungan yang fasilitatif adalah dengan wawancara bukan-direktif, iaitu suatu rangkaian pertemuan face-to-face antara guru dengan pelajar. Selama wawancara, guru meletakkan dirinya sebagai kolaborator didalam proses eksplorasi diri pelajar dan penyelesaian masalah. Wawancara sendiri direka untuk menumpukan kepada keunikan individu dan kepentingan kehidupan emosional pada semua aktiviti manusia. Walaupun teknik wawancara dipinjam dari kaunseling, namun teknik ini tidak sama dalam ruangan kelas kerana berada pada setting klinik (penyembuhan).
Menurut Roger, suasana wawancara terbaik mempunyai empat peringkat, antara lain:
- Guru menunjukkan kehangatan dan perhatian.
· Hubungan kaunseling dicirikan oleh rasa permisif yang ditunjukkan oleh ekspresi
· Pelajar tidak mengekspresikan pendapatnya, namun dalam batasan bahawa ia tidak bebas untuk mengendalikan guru atau melakukan gerak hatinya dengan tindakan-tindakan yang tidak dibenarkan
· Hubungan kaunseling bersifat bebas dari suatu jenis tekanan.
Didalam wawancara bukan-direktif, guru menginginkan pelajarnya agar melalui empat tahap pertumbuhan personal:
· Pelepasan perasaan
· Pemahaman yang diikuti oleh
· Tindakan, dan
· Integrasi
Yang mana keempat-empatnya diharapkan akan dapat menumbuhkan orientasi ataupun aliran baru.
Guru bergantung kepada tiga konsep untuk mengukur arah dan perkembangan proses kaunseling yang berlaku didalam wawancara bukan-direktif, iaitu
- pelepasan perasaan (atau catharsis)
- pemahaman
· integrasi
Konsep-konsep ini dihubungkan disini dimana semuanya menekankan unsur-unsur perasaan dan elemen-elemen emosional dalam suatu situasi. Tiap-tiap konsep memiliki fungsi masing-masing, tetapi secara bersama, konsep-konsep ini sangat penting untuk menyokong kejayaan pengalaman. Penggunaan konsep-konsep ini sangat penting didalam kaunseling untuk masalah kelas dan penyelesaian masalah individu.
Pelepasan perasaan (catharsis) merangkumi kemusnahan batas-batas emosional yang seringkali mengganggu kemampuan seseorang dalam memecahkan suatu dilema. Dengan menghilangkan emosi diseputar sesuatu masalah, maka seseorang akan dapat membuat perspektif dan wawasan baru terhadap masalah itu.
Menurut Roger, merespon “basis intelektual” dalam masalah pelajar akan menghalang ekspresi perasaan, yang berada pada akar masalah. Tanpa melepaskan dan mencari perasaan-perasaan ini, pelajar akan menolak cadangan dan tidak mampu membuat perubahan perilaku.
Pendekatan non-direktif sangat membantu menggaris bahawa cara-cara yang paling efektif dalam mengungkap emosi yang mendasari suatu masalah adalah dengan mengikuti pola perasaan pelajar ketika mereka dibebaskan untuk berekspresi. Bukannya diminta untuk memberikan soalan langsung, guru akan cenderung memilih untuk membiarkan pelajar untuk mengikuti aliran pemikiran dan perasaan. Jika pelajar mengekspresikan dirinya secara bebas, maka masalah dan emosi yang mendasarinya akan muncul. Proses ini disokong dengan refleksi perasaan pelajar, yang oleh kerananya akan membawa mereka ke dalam kesedaran dan tumpuan yang lebih tajam.
Hal ini merupakan kesulitan terbesar bagi kita kerana kita lebih terbiasa dengan isi apa yang dikatakan seseorang berbanding sikap emosional mereka. Tidak seperti jenis hubungan guru-pelajar lain, kaunseling bukan-direktif biasanya melihat tiga sumber masalah pelajar, iaitu:
- Perasaan saat ini
- Perasaan yang menyimpang
· Alternatif yang tidak tereksplorasi yang disebabkan oleh reaksi emosi kepada mereka
Respon semidirektif terhadap perasaan boleh dianggap sebagai respon direktif, tetapi digunakan pada peringkat tertentu oleh kaunselor. Ada dua jenis respon semi direktif ini: Interpretasi dan perjanjian. Keduanya digunakan kerana merujuk kepada gaya bukan-direktif, tetapi jarang bermanfaat dalam mengubah wawancara.
Interpretasi oleh guru juga boleh mempromosikan pembahasan lebih lanjut oleh pelajar yang tidak dapat memberikan penjelasan tentang kelakuan. Respon yang bersifat interpretative adalah usaha-usaha untuk memberi nasihat kepada pelajar yang tidak boleh meneruskan perbincangan. Namun tafsiran hanya diberikan kepada perasaan-perasaan yang secara pasti boleh diterima oleh pelajar. Keputusan untuk menggunakan tafsiran perlu dilakukan secara berhati-hati oleh guru dan digunakan hanya pada situasi di mana guru yakin bahawa tafsiran akan jauh lebih baik daripada dialog. Berikut ini merupakan contoh soalan yang boleh digunakan dalam pendekatan intepretratif
"Anda melakukan ha ini kerana ...."
"Mungkin anda merasa bahawa anda tidak mahu berjaya"
"Anda mengatakan kepada saya bahawa masalah yang anda hadapi adalah ..."
Kenyataan kelulusan akan menilai pelajar dan gagasannya; guru menggunakannya untuk memberikan sokongan emosional. Perjanjian biasanya diberikan hanya ketika perkembangan yang sebenarnya sudah semua dan harus digunakan secara berhati-hati. Perjanjian sebagai suatu teknik dan harus digunakan secara sangat berhati-hati, atau boleh menjadi tanda bagi pelajar yang sudah menjalani wawancara. Teknik lain, seperti teknik ringkasan (summarizing), akan lebih secocok untuk strategi bukan-direktif. Didalam membuat kenyataan persetujuan guru dapat mengatakan
"Itu benar ..."
"Komen yang bagus, dan mungkin sangat berguna untuk memikirkannya lagi"
"Gagasan terakhir itu secara khusus kuat. Bolehkah anda lebih memperincikan lagi?
"Menurut saya, kita sama-sama telah membuat kemajuan".
Kaunseling direktif mengimplikasikan suatu hubungan di mana guru berusaha untuk mengubah idea pelajar dan mempengaruhi sikap mereka. Guru melakukan hal ini dengan memberikan sokongan, mengekspresikan percanggahan dan kritik, memberikan maklumat dan penjelasan, mencadangkan sosialis, atau berusaha untuk meyakinkan pelajar. Kaunseling direktif harus dilakukan dengan sangat berhati-hati.
Pengajaran non-direktif menganggap bahawa setiap pelajar, situasi, dan setiap guru merupakan sesuatu yang unik, yang terjadi dalam sebuah situasi interview non-direktif yang tidak dapat diantisipasi.
Aplikasi
Pengajaran non-direktif mungkin digunakan untuk beberapa jenis situasi permasalahan: personal, sosial, dan akademik. Di dalam kes sebuah masalah personal, individu meneroka perasaannya tentang dirinya sendiri. Di dalam masalah sosial, dia meneroka perasaannya tentang hubungannya dengan yang lain, dan menyiasat bagaimana perasaannya tentang dirinya sendiri mungkin mempengaruhi hubungan - hubungan ini. Di dalam masalah akademik, dia meneroka perasaannya tentang kompetensi dan ketertarikannya. Bagaimanapun, pada masing - masing kes, isi interview selalu personal lebih baik berbanding dengan luaran; hal ini berpusat pada perasaan yang dimiliki individu itu sendiri, pengalaman, wawasan, dan penyelesaian.
Untuk menggunakan Model Pengajaran non-direktif secara berkesan, seorang guru harus mempunyai keinginan untuk menerima bahawa seorang pelajar dapat memahami akan dia dan kehidupannya sendiri.
Guru tidak berusaha untuk menghakimi, menasihati, menenangkan, atau membesarkan hati pelajar. Guru tidak berusaha untuk mendiagnosis permasalahan. Pada model ini, guru menentukan fikiran dan perasaan personal sementara dan merefleksikan fikiran dan perasaan yang dimiliki pelajar. Dengan melakukan ini, guru menyampaikan pemahaman yang mendalam dan menerima perasaan yang dimiliki pelajar.
Roger menyimpulkan bahawa sesetengah keadaan benar - benar sukar untuk merasakan perspektif yang dimiliki pelajar, khususnya jika pelajar bingung. Strategi hanya bekerja jika guru memasukkan dunia pemahaman pelajar dan meninggalkan di belakang rujukan tradisional. Mengembangkan sebuah kerangka rujukan dalaman tidaklah mudah pada awalnya, akan tetapi hal ini perlu jika guru memahami pelajar, tidak pelajarnya saja. .
Salah satu pentingnya kegunaan pengajaran non-direktif terjadi ketika sebuah kelas menjadi membosankan dan guru termasuk dirinya sendiri yang mendorong pelajar melalui latihan - latihan dan pokok permasalahan.
MODEL PENGAJARAN SYNECTICS
Istilah synectics diambil dari bahasa Yunani, yang merupakan gabungan kata syn bererti menggabungkan dan ectics bererti unsur yang berbeza. Dalam dunia keilmuan, synectics biasanya berhubungan dengan kreativiti dan pemecahan masalah, selain itu juga berhubungan dengan dinamik kelompok dalam latihan berfikir. Pada awalnya, synectics dikembangkan dalam dunia industri namun dalam perkembangannya ternyata berjaya diterapkan dalam dunia pendidikan dan dikenali sebagai salah satu model pembelajaran yang berkesan untuk mengembangkan kreativiti.
Synetics dikembangkan oleh William Gordon dan merupakan model pembelajaran yang menggunakan analogi untuk mengembangkan kemampuan berfikir dari berbagai sudut pandangan. Analogi dianggap mampu mengembangkan kreativiti kerana dalam analogi ada usaha untuk menghubungkan antara apa yang sudah diketahui dengan apa yang ingin dipahami.Terdapat tiga jenis analogi yang digunakan dalam model pembelajaran synectics, iaitu:
- Analogi langsung iaitu kegiatan perbandingan sederhana antara dua objek atau gagasan. Dalam pembandingan ini, dua objek yang dibandingkan tidak harus sama dalam semua aspek, kerana tujuan sebenarnya adalah untuk mentranformasikan keadaan objek atau situasi masalah sebenar pada situasi masalah lain sehingga terbentuk suatu cara pandangan baru. Pada analogi ini pelajar, diminta untuk menemukan situasi masalah yang sejajar dengan situasi kehidupan sebenar. Misalnya bagaimana cara untuk memindahkan perabot yang berat kedalam ruang kelas, boleh dianalogikan dengan bagaimana cara haiwan membawa anak-anaknya. Untuk melihat keberkesanan sesuatu analogi langsung dilihat dari jarak konseptualnya, semakin jauh jarak konseptualnya, maka semakin tinggi skor analoginya.
- Analogi personal iaitu kegiatan untuk melakukan analogi antara objek analogi dengan dirinya sendiri. Pada analogi ini, pelajar diminta menempatkan dirinya sebagai objek itu sendiri. Untuk melihat keberkesanannya, analogi personal boleh dilihat dari banyaknya ungkapan yang dikemukakan. Semakin banyak ungkapan yang dikemukakan maka semakin tinggi skor analogi personalnya. Dalam kegiatan membuat analogi personal, pelajar melibatkan dirinya sebagai objek atau gagasan yang dibandingkan. Misalnya pelajar disuruh untuk membandingkan dirinya dengan sebuah mesin, kemudian ditanyakan bagaimana perasaannya seandainya itu terjadi? Apa yang dirasakan seandainya mesin itu dihidupkan? Dan bilakah ianya akan berhenti? Tujuan kegiatan ini adalah untuk mengarahkan jarak konseptual terbentuk dengan baik, semakin besar jarak konseptual maka akan semakin besar kemungkinan diperoleh gagasan baru. Menurut Gordon, jarak konseptual boleh dilihat dari adanya keterlibatan dalam proses analogi. Selanjutnya dijelaskan adanya empat keterlibatan yang mungkin terjadi ketika melakukan analogi, iaitu:
a. Keterlibatan terhadap fakta iaitu proses analogi terhadap fakta yang dikenalpasti tanpa menggunakan cara pandang baru dan tanpa keterlibatan empati, misalnya: seandainya saya menjadi mesin maka saya merasa panas.
b. Keterlibatan dengan emosi iaitu proses analogi dengan melibatkan unsur emosi, misalnya: seandainya saya menjadi mesin maka saya menjadi kuat.
c. Keterlibatan dengan empati pada benda-benda hidup iaitu proses analogi dengan melibatkan emosi dan kinestatik pada objek analogi, misalnya: seandainya saya menjadi kereta, saya merasa seperti sedang mengikuti lumba balapan, dan saya jadi tergesa-gesa.
d. Keterlibatan dengan empati pada benda-benda mati iaitu proses analogi dengan menempatkan diri subjek sebagai suatu objek anorganik dan mencuba memperluas masalah dari pandangan simpati, misalnya, seandainya saya menjadi mesin, saya tidak tahu bila harus berjalan dan bila harus berhenti. Seseorang akan bekerja untuk saya.
- Analogi konflik yang ditekan iaitu kegiatan untuk mengkombinasikan titik pandangan yang berbeza terhadap suatu objek sehingga terlihat dari dua kerangka acuan yang berbeza. Hasil kegiatan ini berupa deskripsi tentang suatu objek atau gagasan berdasarkan dua kata atau frasa yang kontradiktif, misalnya: bagaimana komputer itu dianggap sebagai pemberani atau penakut? Bagaimanakah mesin kereta dapat tertawa atau marah? Tujuan kegiatan ini adalah untuk memperluas pemahaman tentang gagasan-gagasan baru dan untuk memaksimakan unsur kejutan, kerana itu maka kegiatan analogi ini dianggap sebagai kegiatan mental peringkat tinggi. Pada analogi ini, pelajar diminta menyebutkan suatu objek secara berpasangan. Semakin banyak pasangan yang disebutkan, semakin tinggi skor yang diperoleh. Berdasarkan pasangan kata tersebut, pelajar diharapkan mengemukakan objek sebanyak-banyaknya yang bersifat kontaradiktif, kemudian diminta menjelaskan mengapa benda tersebut bersifat kontradiktif.
Penerapan Synectics dalam Pembelajaran
Synectics sebagai salah satu model pembelajaran mempunyai beberapa kelebihan diantaranya adalah :-
1) mampu meningkatkan kemampuan untuk hidup dalam suasana yang kompleks dan menghargai adanya perbezaan;
2) mampu merangsang kemampuan berfikir secara kreatif;
3) mampu mengaktifkan kedua-dua belah otak;
4) mampu mewujudkan pemikiran baru. Selain itu, kelebihan dari metode synectics yang lainnya adalah boleh dikombinasi dengan model yang lain.
Pada proses yang terjadi dalam synectics, seseorang mampu mengatasi hambatan mental yang membelenggunya. Selain itu, kemampuan berfikir divergen dan kemampuan untuk memecahkan masalah akan terus berkembang. Selanjutnya, ia menjelaskan strategi yang harus dilalui ketika membuat sesuatu yang asing menjadi lazim atau membuat yang lazim menjadi asing iaitu:
1) Mendefinisikan atau menggambarkan situasi saat ini atau masalah yang sedang dihadapi;
2) menulis gagasan tentang analogi langsung;
3) menulis reaksi terhadap hasil analogi langsung;
4) mengeksplorasi sesuatu yang menjadi konfliks;
5) membuat analogi langsung yang baru; dan
6) mengujinya dalam situasi yang sebenar.
Selanjutnya, ia juga menjelaskan tentang strategi tersebut dalam praktik pembelajaran yang dalam praktiknya terbagi menjadi tujuh tahap iaitu:
1) Masukkan bahan iaitu guru mengemukakan permasalahan pada pelajar untuk diselesaikan;
2) Pembuatan analogi langsung dengan cara guru menyuruh pelajar untuk membuat analogi langsung dan pelajar melakukannya;
3) Guru mengidentifikasi hasil analogi yang telah dibuat pelajar;
4) Pelajar menjelaskan kemiripan antara sesuatu yang asing dengan yang lazim;
5) Pelajar menjelaskan perbezaan antara sesuatu yang asing dengan yang lazim;
6) Pelajar mengeksplorasi topik yang bersifat original; dan
7) Pelajar menghasilkan suatu produk melalui analogi langsung.
Penerapan synectics dalam pembelajaran menurut Joyce seharusnya mengandungi tiga prinsip iaitu:
1) Prinsip reaksi merujuk kepada respon guru terhadap pelajarnya. Diharapkan guru menerima semua respon pelajar dalam apapun bentuknya dan menjamin bahawa hal tersebut seolah-olah merupakan ungkapan kreatif pelajar, akan tetapi melalui pertanyaan evokatif, guru dapat merangsang lebih lanjut kemampuan berfikir kreatifnya;
2) Sistem sosial mendeskripsikan peranan dan hubungan antara guru dan pelajar serta mendeskripsikan jenis norma yang disarankan. Sistem sosial dalam synectics terstruktur secara sederhana, yang dalam praktiknya berupa guru mengawal dan mengarahkan pelajar untuk memecahkan masalah melalui analogi, mengembangkan kebebasan intelektual, dan memberikan hadiah yang nantinya akan menjadi kepuasan dalaman pelajar yang diperoleh dari pengalaman belajar;
3) Sistem pendukung mengacu pada keperluan yang diperlukan untuk implementasi. Sistem pendukung dalam kegiatan synectics terdiri dari pengalaman guru tentang kegiatan synectics, lingkungan yang nyaman, makmal, atau sumber belajar lainnya.
MODEL PERSONAL MELALUI CARTA
· Model ini menerapkan pendidikan supaya:
- Memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.
· Tujuan : Untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan keyakinan.
· Matlamat : Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.
· Kesimpulan : Model personal terdiri daripada;
- Pendekatan untuk membentuk
- Menyepadukan aspek emosi
- Intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang
Pembelajaran melalui kaunseling
· Model tidak direktif (non-direktif) pelopornya adalah Carls Roger (1982) yang mengaitkan teknik pengajaran model personal
· Tujuan model tidak direktif : Membentuk satu komuniti pelajar yang berdisplin dan kesedaran peribadi yang tinggi.
· Konsep:
- Manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif.
- Fokuskan kepada hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran.
- Menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.
- Guru dianggap sebagai kaunselor : penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar.
- Peranan guru : membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar memainkan peranan dalam pembelajaran mereka.
- Sebagai contoh: guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri.
- Proses perkembangan kendiri: guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah.
- Guru mewujudkan pakatan dengan murid, bertujuan membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah.
· Tujuan model non-directive mengikut Joyce et al., (2002)
1. Memberi pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi: dengan membentuk keyakinan diri, perasaan empati terhadap orang lain serta penghargaan diri yang realistik.
2. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan inspirasi pelajar : pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
3. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus : kreativiti dan ekpresi pelajar.
Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002). Models of learning: Tools for Teaching,(edisi kedua) Buckingham:Open University Press.
Terdapat beberapa langkah yang menggunakan model Synectics

Pembelajaran model Personal di dalam hirearki pengajaran dan pembelajaran
Cara pandangan oleh Carl Roger dalam pembelajaran secara tidak lansung

Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran secara tidak lansung (non-directive)
· Persekitaran pembelajaran diwujudkan untuk membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.
· Memberi penekanan kepada individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintergrasi, penuh keyakinan dan kompeten.
· Matlamat : Membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya
· Penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.
· Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi ( ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru)
· Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar utama dalam pembelajaran mereka
Pembelajaran secara Synectics
· Guru perlu menekankan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.
· Pelajar menggunakan analogi untuk memahami sesuatu situasi atau membentuk idea baru.
· Guru perlu mengarah pelajar ke dalam dunia yang tidak logik agar memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam mendalami masalah ataupun menjanakan idea yang baru.
· Pengajaran di dalam pembelajaran menggunakan kaedah humanistik kerana mengikut arah kendiri yang positif ataupun kebebasan pelajar
· Memupukkan semangat ingin tahu murid untuk mendalami apa yang diajar kelak.
· Siswa menghasilkan suatu produk melalui analogi langsung.
Pembelajaran secara KBKK
· Kemahiran berfikir dalam aktiviti digunakan untuk menggerakkan murid supaya aktif di dalam kelas.
· Strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal merupakan strategi asas yang sering kali digunakan.
· Kaedah dan teknik seperti Kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran perlu dipertimbangkan
· Kaedah dan teknik digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
· Mengadakan perbincangan di antara murid dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea.
· Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif.
· Membimbing murid supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
· Sentiasa membimbing murid meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.
Rujukan :
http://www.docstoc.com/docs/16347848/MODEL-PENGAJARAN
http://www.scribd.com/doc/35931965/Model-Pengajaran-yansyuesyie
http://echask.blogspot.com/2009/11/sejarah-kaunseling.html
http://www.scribd.com/doc/35934392/Perbandingan-Antara-Model-Pengajaran
buku
1. Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
2. Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ; Oxford Fajar
3. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), PEDAGOGI: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan; PTS Publication & Distribution Sdn.bhd
4. Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
5.
Analisis Model pengajaran Personal menggunakan teknik SWOT
| Strength (Kekuatan) | Weakness (Kelemahan) | Opportunities (Peluang) | | Threats (Ancaman) |
| Mengeratkan hubungan antara guru dan murid | Murid akan lebih aktif daripada guru | Hubungan guru lebih mesra dan mudah untuk pelajar memahami pengajaran | | Sukar menghormati guru kerana menganggap guru sebagai rakan. |
| Galakkan pemikiran yang kreatif | Pemikiran kreatif akan ada sekiranya mempunyai emosi yang mantap | Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat. | | Pelajar yang lemah sukar untuk mendapat perkara yang difahami |
| Mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan mempunyai domain afektif | Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan | Membantu mereka membina ilmu pengetahuan yang bakal digunakan pada masa depan | | Sukar menerima hakikat sekiranya mereka berada di bawah. |
| Memberi keyakinan kepada murid | Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain. | Sentiasa mempunyai komunikasi dua hala antara guru dan murid | | Murid yang lemah akan lebih mundur dan murung kerana pendapat mereka sukar diterima. |
| Membentuk personaliti murid yang kompeten | Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran sendiri lalu mereka merasa tidak perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih mendalam. | Sentiasa mempunyai ciri-ciri untuk berdaya saing yang tinggi | | Pelajar yang lemah akan dibuli oleh pelajar yang |
| Pelajar lebih bijak menyelesaikan masalah | Takut membuat kesilapan. | Pelajar lebih bijak mengatur strategi | | Berasa tidak perlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka. |
| Murid- murid akan
| Guru melahirkan
| Dapat menggalakkan sifat berdikari yang
| | Dikhuatiri murid
|



