Wednesday, August 25, 2010

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat

SEJARAH MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.


BIODATA PENGASAS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT


Robert Mills Gagne adalah seorang pendidik Amerika di mana kajian tentang pembelajaran dan pengajaran sangat terpengaruh dengan sekolah Amerika. Robert Mills Gagne yang lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts, meraih A.B. Gelar dari Yale tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College untuk Perempuan (1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidikan untuk Tentera Udara (1949-1958) di tanpa tanah, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan Amerika Syarikat Dinas Pendidikan (1.964-1.966). Selain itu, ia menjabat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).


PRINSIP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat.

2) Pengaliran maklumat dua hala.

3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.

4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.


MAKLUMAT LENGKAP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat


1) Pengekodan ('Encoding')

Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

2) Penyimpanan ('Storage')

Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')

Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

4) Lupaan ('forgetting')

Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta.

Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar.

Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Burner. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain.

Fasa Pengajaran Konsep :-

1) Kemukakan matlamat.

2) Contoh-contoh input.

3) Ujian untuk pencapaian konsep.

4) Analisis proses pemikiran pelajar.

Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.

Pembelajaran konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. (Matserippdhl 2008) Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Pembelajaran hukum melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne

Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit.

Pembelajaran berkesan meliputi lapan langkah yang meliputi lapan fasa pengajaran berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran.

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat Ausubel

§ Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran

resepsi dan bukan pembelajaran penemuan.

§ Ausubel memperkenalkan pembelajaran ekspositori.

§ Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.

§ Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel.

§ Menggunakan prinsip pembelajaran resepsi iaitu model pengajaran ekspositori.

§ Menggunakan penyusunan awal – mengingati konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari.

Lapan jenis Pembelajaran untuk Memperoleh Maklumat pada tahun 1977, Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:

1) Pembelajaran Melalui isyarat

Berbentuk primitif.

Contohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.

2) Pembelajaran stimuli - tindak balas

Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu.

Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut namanya.

3) Pembelajaran Melalui Rantaian

Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.

Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan.

4) Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal

Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.

Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

5) Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan

Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

Contohnya : Sebutan e dan e, murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak dan bela.

6) Pembelajaran konsep

Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama.

Contohnya : Beg, buah-buahan dan buku.

7) Pembelajaran prinsip

Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

Contohnya : Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8) Pembelajaran penyelesaian masalah

Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

Contohnya : Menyelesaikan masalah matematik.


FOTO-FOTO DAN RAJAH LENGKAP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT







IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

· Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.

· Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.

· Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.

· Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

· Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

KELEBIHAN

KELEMAHAN

KEBAIKAN

KESAN

  • guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori matematik.
  • menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
  • Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks.

  • Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
  • Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam
  • Jika sesuatu maklumat tidak diproses, ingatan jangka pendek akan hilang serta merta.
  • Guru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul.
  • Bantu pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan.
  • Hanya menggunakan pembelajaran yang diprogramkan sahaja
  • Memerlukan guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik fokus murid.
  • Guru dapat menjimatkan masa.
  • Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.
  • .Pelajar dapat membentuk konsep yang baik.
  • Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
  • Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.
  • Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.

  • sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.
  • membolehkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat.
  • membina keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan.
  • menekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran.
  • Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan

No comments:

Post a Comment