Monday, August 23, 2010

Model Personal



PENGENALAN

Secara umum, model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Perihalan sedemikian seelok-eloknya direkabentuk agar bersesuaian dengan pelbagai seting pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi.

Juga diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan matapelajaran yang berkenaan. Dengan kata lain, model-model pengajran sebenarnya adalah model-model pembelajaran.

Secara umunya model-model pengajaran boleh dikategorikan kepada empat kumpulan model iaitu : -

  1. Model Pemprosesan Maklumat : Contoh, perolehan konsep Bruner, Goodnow dan Austin.
  2. Model Behavioris : Contoh, pengajaran langsung Glaser dan sebagainya.
  3. Model Sosial : Contoh, Siasatan kumpulan Dewey, Sharon et. Al.
  4. Model Personal : Contoh pengajaran bukan mengarah Rogers.

Pengkategorian kepada empat kumpulan diatas dasar bahawa model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar.

Dan pada kali ini, tugasan ini hanya akan berfokuskan kepada model pengajaran yang keempat iaitu Model Personal yakni bermula daripada sejarah bermulanya model pengajaran ini sehinggalah kepada implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.



Antara 1940:

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.



BIODATA CARL ROGERS

Nama sebenar beliau ialah Carl Ransom Rogers. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago. Bapanya bernama Walter A. Rogers iaitu seorang jurutera sivil dan ibunya, Julia M. Cushing seorang suri rumah yang warak dalam agama kristian. Beliau merupakan anak yang ke empat daripada enam orang adik-beradik.

Rogers cukup cerdas dan boleh membaca dengan baik sebelum masuk ke sekolah. Setelah mendapat pendidikan di sebuah rumah pendeta agama, Jimpley dan etika persekitaran sebagai Putra Altar,beliau menjadi orang agak terpencil dan disiplin, dan memperoleh pengetahuan dan penghargaan terhadap kaedah saintifik dalam dunia praktikal. Pilihan kerjaya pertamanya adalah pertanian, di University of Wisconsin-Madison, diikuti pula oleh sejarah dan kemudiannya agama. Pada usia 20, beliau meneruskan perjalanannya ke Peking, China, untuk menghadiri persidangan Kristian antarabangsa. Beliau mulai meragui keyakinan agamanya. Untuk membantu memperjelas pilihan kerjayanya, beliau menghadiri seminar yang bertajuk “ Kenapa saya masuk Kementerian?,” Setelah itu ia memutuskan untuk menukar kerjayanya.

Setelah dua tahun beliau meninggalkan seminar, beliau menghadiri ke Teachers College, Columbia University,bagi mendapat ijazah MA pada tahun 1928 dan seterusnya PhD pada 1931. Ketika menyiapkan tesis doktornya, beliau juga terlibat dalam kajian kanak-kanak. Pada tahun 1930, Rogers berkhidmat sebagai pengarah Masyarakat untuk program Pencegahan Kekejaman terhadap Anak-anak di Rochester, New York. Pada tahun 1935 hingga 1940, beliau mengajar di University of Rochester dan menulis buku bertajuk The Perubatan Klinik Anak Soal (1939) iaitu buku yang berdasarkan pengalamannya dalam pekerjaan dengan anak-anak bermasalah. Pada tahun 1940, Rogers menjadi profesor psikologi klinikal di Ohio State University, di mana beliau menulis buku keduanya, Kaunseling dan Psikoterapi (1942).

PRINSIP-PRINSIP MODEL PENGAJARAN PERSONAL

Secara amnya, prinsip-prinsip didalam model pengajaran personal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pengajaran tidak langsung (non-direktif) dan synectics. Kesemuanya ini akan dijelaskan seperti yang berikut :-

Pembelajaran Secara Kritis dan Kreatif

Pemikiran Secara Kritis

1. Pemikiran kritis ialah penggunaan cara berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu perkara secara rasional.

2. Ianya berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berrdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya.

3. Ianya juga merangkumi dua komponen iaitu :-



4. Pembelajaran ini membolehkan murid menganalisis dan menilai secara rasional dan logikal terhadap sesuatu idea.


Pemikiran Secara Kreatif

1. Ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasi atau mereka cipta sesuatu yang baru.

2. Kemahiran ini mempunyai dua komponen :-


3. Ianya membolehkan murid mengembangkan, memodifikasikan, mengubahsuaikan atau mencipta sesuatu yang baharu melalui pemikiran ini.


Strategi Pengajaran-Pembelajaran KBKK

Strategi asas yang sering kali digunakan ialah strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal. Disamping itu, kaedah dan teknik seperti kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran juga perlu dipertimbangkan. Kaedah dan teknik ini sesuai digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jadual dibawah menunjukkan ringkasan perkaitan KBKK dengan pendekatan, strategi dan teknik, dan alat berfikir.


Kemahiran Berfikir Kritis&Kreatif

Pendekatan

Teknik Utama

Strategi dan Teknik P&P

Alat-alat Berfikir

1.Membanding dan Membeza

Pendekatan Penyebatian KBKK Sepenuh atau Separa



Membentuk dan Mengurus Penyoalan

-Analisis : ciri-ciri persamaan dan perbezaan

-Perbincangan

-membuat kesimpulan : kaedah induksi

Pengurusan Grafik, CoRT l : PMI

2.Membuat inferens

-Perhatian : ciri-ciri maklumat

-Perbincangan : pola-pola maklumat

-Membuat inferens

-Kaedah induksi

Peta Minda, Carta, CoRT l : CAF

3.Membuat generalisasi

-Kaedah induksi

-Kaedah deduksi

-Kaedah inkuiri

Pengurusan Grafik, CoRT l : CAF

4.Membuat keputusan

-Perbincangan secara kelas atau kumpulan

-Kaedah penyelesaian masalah

Pengurusan Grafik, CoRT I : CAF, C&S, FIP, APC, OPV

5.Menyelesaikan masalah


PENGAJARAN NON DIREKTIF :

Model Pengajaran Non-Direktif didasarkan kepada penelitian dari Carl Roger dan para penyokong lain dari kaunseling bukan-direktif. Rogers memperluaskan pandangan terapinya sebagai suatu model pembelajaran bagi pendidikan. Beliau percaya bahawa hubungan manusia yang positif akan memberikan kesempatan luas bagi sumber manusia untuk berkembang, dan oleh kerananya, instruksinya harus lebih didasarkan kepada konsep hubungan sumber manusia berbanding kepada konsep masalah subjek, proses berfikir,
ataupun sumber-sumber intelektual lain. Hebatnya guru dalam pengajaran bukan-direktif adalah pada peranan guru tersebut sebagai fasilitator bagi pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Didalam peranan ini, guru akan membantu pelajar untuk mencari idea-idea baru tentang kehidupannya, baik yang berkaitan dengan sekolah mahupun dalam kehidupannya sehari-harian. Model ini beranggapan bahawa pelajar perlu bertanggungjawab atas proses belajarnya dan kejayaannya sangat bergantung kepada keinginan pelajar dan pengajar untuk berkongsi idea secara terbuka dan berkomunikasi secara jujur dan terbuka dengan orang lain.

Orientasi Terhadap Model Ini
Model pengajaran bukan-direktif menumpukan kepada fasilitator belajar. Tujuan utamanya adalah untuk membantu pelajar dalam mencapai integrasi dan keberkesanan tertinggiya serta melakukan penilaian kendiri yang realistik.
Model ini menggambarkan konsep yang dikembangkan oleh Carl Roger untuk kaunseling bukan-direktif, di mana keupayaan pelanggan untuk melayan kehidupannya secara konstruktif sangat ditekankan. Dengan demikian, didalam pengajaran bukan-direktif guru sangat menumpukan kemampuan pelajar untuk mengenalpasti masalahnya dan merumuskan penyelesaiannya.
Pengajaran bukan-direktif cenderung bersifat menumpukan kepada pelajar di mana fasilitator berusaha untuk melihat dunia sebagaimana pelajar melihatnya. Hal ini akan menciptakan suasana komunikasi yang empathetic dimana pengendalian diri pelajar boleh dipupuk dan dikembangkan.

Guru juga berperanan sebagai benevolent after ego, (kebajikan selepas ego) di mana ia menerima semua perasaan dan pemikiran, bahkan dari pelajar yang mempunyai pendapat keliru. Disini guru secara tidak langsung berkomunikasi dengan pelajar bahawa semua pendapat dan perasaan boleh diterima.


Teknik utama untuk mengembangkan hubungan yang fasilitatif adalah dengan wawancara bukan-direktif, iaitu suatu rangkaian pertemuan face-to-face antara guru dengan pelajar. Selama wawancara, guru meletakkan dirinya sebagai kolaborator didalam proses eksplorasi diri pelajar dan penyelesaian masalah. Wawancara sendiri direka untuk menumpukan kepada keunikan individu dan kepentingan kehidupan emosional pada semua aktiviti manusia. Walaupun teknik wawancara dipinjam dari kaunseling, namun teknik ini tidak sama dalam ruangan kelas kerana berada pada setting klinik (penyembuhan).

Menurut Roger, suasana wawancara terbaik mempunyai empat peringkat, antara lain:

  • Guru menunjukkan kehangatan dan perhatian.

· Hubungan kaunseling dicirikan oleh rasa permisif yang ditunjukkan oleh ekspresi

· Pelajar tidak mengekspresikan pendapatnya, namun dalam batasan bahawa ia tidak bebas untuk mengendalikan guru atau melakukan gerak hatinya dengan tindakan-tindakan yang tidak dibenarkan

· Hubungan kaunseling bersifat bebas dari suatu jenis tekanan.

Didalam wawancara bukan-direktif, guru menginginkan pelajarnya agar melalui empat tahap pertumbuhan personal:

· Pelepasan perasaan

· Pemahaman yang diikuti oleh

· Tindakan, dan

· Integrasi
Yang mana keempat-empatnya diharapkan akan dapat menumbuhkan orientasi ataupun aliran baru.

Guru bergantung kepada tiga konsep untuk mengukur arah dan perkembangan proses kaunseling yang berlaku didalam wawancara bukan-direktif, iaitu

  • pelepasan perasaan (atau catharsis)
  • pemahaman

· integrasi

Konsep-konsep ini dihubungkan disini dimana semuanya menekankan unsur-unsur perasaan dan elemen-elemen emosional dalam suatu situasi. Tiap-tiap konsep memiliki fungsi masing-masing, tetapi secara bersama, konsep-konsep ini sangat penting untuk menyokong kejayaan pengalaman. Penggunaan konsep-konsep ini sangat penting didalam kaunseling untuk masalah kelas dan penyelesaian masalah individu.

Pelepasan perasaan (catharsis) merangkumi kemusnahan batas-batas emosional yang seringkali mengganggu kemampuan seseorang dalam memecahkan suatu dilema. Dengan menghilangkan emosi diseputar sesuatu masalah, maka seseorang akan dapat membuat perspektif dan wawasan baru terhadap masalah itu.
Menurut Roger, merespon “basis intelektual” dalam masalah pelajar akan menghalang ekspresi perasaan, yang berada pada akar masalah. Tanpa melepaskan dan mencari perasaan-perasaan ini, pelajar akan menolak cadangan dan tidak mampu membuat perubahan perilaku.


Pendekatan non-direktif sangat membantu menggaris bahawa cara-cara yang paling efektif dalam mengungkap emosi yang mendasari suatu masalah adalah dengan mengikuti pola perasaan pelajar ketika mereka dibebaskan untuk berekspresi. Bukannya diminta untuk memberikan soalan langsung, guru akan cenderung memilih untuk membiarkan pelajar untuk mengikuti aliran pemikiran dan perasaan. Jika pelajar mengekspresikan dirinya secara bebas, maka masalah dan emosi yang mendasarinya akan muncul. Proses ini disokong dengan refleksi perasaan pelajar, yang oleh kerananya akan membawa mereka ke dalam kesedaran dan tumpuan yang lebih tajam.


Hal ini merupakan kesulitan terbesar bagi kita kerana kita lebih terbiasa dengan isi apa yang dikatakan seseorang berbanding sikap emosional mereka. Tidak seperti jenis hubungan guru-pelajar lain, kaunseling bukan-direktif biasanya melihat tiga sumber masalah pelajar, iaitu:

  • Perasaan saat ini
  • Perasaan yang menyimpang

· Alternatif yang tidak tereksplorasi yang disebabkan oleh reaksi emosi kepada mereka

Respon semidirektif terhadap perasaan boleh dianggap sebagai respon direktif, tetapi digunakan pada peringkat tertentu oleh kaunselor. Ada dua jenis respon semi direktif ini: Interpretasi dan perjanjian. Keduanya digunakan kerana merujuk kepada gaya bukan-direktif, tetapi jarang bermanfaat dalam mengubah wawancara.

Interpretasi oleh guru juga boleh mempromosikan pembahasan lebih lanjut oleh pelajar yang tidak dapat memberikan penjelasan tentang kelakuan. Respon yang bersifat interpretative adalah usaha-usaha untuk memberi nasihat kepada pelajar yang tidak boleh meneruskan perbincangan. Namun tafsiran hanya diberikan kepada perasaan-perasaan yang secara pasti boleh diterima oleh pelajar. Keputusan untuk menggunakan tafsiran perlu dilakukan secara berhati-hati oleh guru dan digunakan hanya pada situasi di mana guru yakin bahawa tafsiran akan jauh lebih baik daripada dialog. Berikut ini merupakan contoh soalan yang boleh digunakan dalam pendekatan intepretratif


"Anda melakukan ha ini kerana ...."
"Mungkin anda merasa bahawa anda tidak mahu berjaya"
"Anda mengatakan kepada saya bahawa masalah yang anda hadapi adalah ..."
Kenyataan kelulusan akan menilai pelajar dan gagasannya; guru menggunakannya untuk memberikan sokongan emosional. Perjanjian biasanya diberikan hanya ketika perkembangan yang sebenarnya sudah semua dan harus digunakan secara berhati-hati. Perjanjian sebagai suatu teknik dan harus digunakan secara sangat berhati-hati, atau boleh menjadi tanda bagi pelajar yang sudah menjalani wawancara. Teknik lain, seperti teknik ringkasan (summarizing), akan lebih secocok untuk strategi bukan-direktif. Didalam membuat kenyataan persetujuan guru dapat mengatakan
"Itu benar ..."
"Komen yang bagus, dan mungkin sangat berguna untuk memikirkannya lagi"
"Gagasan terakhir itu secara khusus kuat. Bolehkah anda lebih memperincikan lagi?
"Menurut saya, kita sama-sama telah membuat kemajuan".

Kaunseling direktif mengimplikasikan suatu hubungan di mana guru berusaha untuk mengubah idea pelajar dan mempengaruhi sikap mereka. Guru melakukan hal ini dengan memberikan sokongan, mengekspresikan percanggahan dan kritik, memberikan maklumat dan penjelasan, mencadangkan sosialis, atau berusaha untuk meyakinkan pelajar. Kaunseling direktif harus dilakukan dengan sangat berhati-hati.

Pengajaran non-direktif menganggap bahawa setiap pelajar, situasi, dan setiap guru merupakan sesuatu yang unik, yang terjadi dalam sebuah situasi interview non-direktif yang tidak dapat diantisipasi.

Aplikasi
Pengajaran non-direktif mungkin digunakan untuk beberapa jenis situasi permasalahan: personal, sosial, dan akademik. Di dalam kes sebuah masalah personal, individu meneroka perasaannya tentang dirinya sendiri. Di dalam masalah sosial, dia meneroka perasaannya tentang hubungannya dengan yang lain, dan menyiasat bagaimana perasaannya tentang dirinya sendiri mungkin mempengaruhi hubungan - hubungan ini. Di dalam masalah akademik, dia meneroka perasaannya tentang kompetensi dan ketertarikannya. Bagaimanapun, pada masing - masing kes, isi interview selalu personal lebih baik berbanding dengan luaran; hal ini berpusat pada perasaan yang dimiliki individu itu sendiri, pengalaman, wawasan, dan penyelesaian.

Untuk menggunakan Model Pengajaran non-direktif secara berkesan, seorang guru harus mempunyai keinginan untuk menerima bahawa seorang pelajar dapat memahami akan dia dan kehidupannya sendiri.
Guru tidak berusaha untuk menghakimi, menasihati, menenangkan, atau membesarkan hati pelajar. Guru tidak berusaha untuk mendiagnosis permasalahan. Pada model ini, guru menentukan fikiran dan perasaan personal sementara dan merefleksikan fikiran dan perasaan yang dimiliki pelajar. Dengan melakukan ini, guru menyampaikan pemahaman yang mendalam dan menerima perasaan yang dimiliki pelajar.

Roger menyimpulkan bahawa sesetengah keadaan benar - benar sukar untuk merasakan perspektif yang dimiliki pelajar, khususnya jika pelajar bingung. Strategi hanya bekerja jika guru memasukkan dunia pemahaman pelajar dan meninggalkan di belakang rujukan tradisional. Mengembangkan sebuah kerangka rujukan dalaman tidaklah mudah pada awalnya, akan tetapi hal ini perlu jika guru memahami pelajar, tidak pelajarnya saja. .

Salah satu pentingnya kegunaan pengajaran non-direktif terjadi ketika sebuah kelas menjadi membosankan dan guru termasuk dirinya sendiri yang mendorong pelajar melalui latihan - latihan dan pokok permasalahan.


MODEL PENGAJARAN SYNECTICS

Istilah synectics diambil dari bahasa Yunani, yang merupakan gabungan kata syn bererti menggabungkan dan ectics bererti unsur yang berbeza. Dalam dunia keilmuan, synectics biasanya berhubungan dengan kreativiti dan pemecahan masalah, selain itu juga berhubungan dengan dinamik kelompok dalam latihan berfikir. Pada awalnya, synectics dikembangkan dalam dunia industri namun dalam perkembangannya ternyata berjaya diterapkan dalam dunia pendidikan dan dikenali sebagai salah satu model pembelajaran yang berkesan untuk mengembangkan kreativiti.

Synetics dikembangkan oleh William Gordon dan merupakan model pembelajaran yang menggunakan analogi untuk mengembangkan kemampuan berfikir dari berbagai sudut pandangan. Analogi dianggap mampu mengembangkan kreativiti kerana dalam analogi ada usaha untuk menghubungkan antara apa yang sudah diketahui dengan apa yang ingin dipahami.Terdapat tiga jenis analogi yang digunakan dalam model pembelajaran synectics, iaitu:

  1. Analogi langsung iaitu kegiatan perbandingan sederhana antara dua objek atau gagasan. Dalam pembandingan ini, dua objek yang dibandingkan tidak harus sama dalam semua aspek, kerana tujuan sebenarnya adalah untuk mentranformasikan keadaan objek atau situasi masalah sebenar pada situasi masalah lain sehingga terbentuk suatu cara pandangan baru. Pada analogi ini pelajar, diminta untuk menemukan situasi masalah yang sejajar dengan situasi kehidupan sebenar. Misalnya bagaimana cara untuk memindahkan perabot yang berat kedalam ruang kelas, boleh dianalogikan dengan bagaimana cara haiwan membawa anak-anaknya. Untuk melihat keberkesanan sesuatu analogi langsung dilihat dari jarak konseptualnya, semakin jauh jarak konseptualnya, maka semakin tinggi skor analoginya.
  2. Analogi personal iaitu kegiatan untuk melakukan analogi antara objek analogi dengan dirinya sendiri. Pada analogi ini, pelajar diminta menempatkan dirinya sebagai objek itu sendiri. Untuk melihat keberkesanannya, analogi personal boleh dilihat dari banyaknya ungkapan yang dikemukakan. Semakin banyak ungkapan yang dikemukakan maka semakin tinggi skor analogi personalnya. Dalam kegiatan membuat analogi personal, pelajar melibatkan dirinya sebagai objek atau gagasan yang dibandingkan. Misalnya pelajar disuruh untuk membandingkan dirinya dengan sebuah mesin, kemudian ditanyakan bagaimana perasaannya seandainya itu terjadi? Apa yang dirasakan seandainya mesin itu dihidupkan? Dan bilakah ianya akan berhenti? Tujuan kegiatan ini adalah untuk mengarahkan jarak konseptual terbentuk dengan baik, semakin besar jarak konseptual maka akan semakin besar kemungkinan diperoleh gagasan baru. Menurut Gordon, jarak konseptual boleh dilihat dari adanya keterlibatan dalam proses analogi. Selanjutnya dijelaskan adanya empat keterlibatan yang mungkin terjadi ketika melakukan analogi, iaitu:

a. Keterlibatan terhadap fakta iaitu proses analogi terhadap fakta yang dikenalpasti tanpa menggunakan cara pandang baru dan tanpa keterlibatan empati, misalnya: seandainya saya menjadi mesin maka saya merasa panas.

b. Keterlibatan dengan emosi iaitu proses analogi dengan melibatkan unsur emosi, misalnya: seandainya saya menjadi mesin maka saya menjadi kuat.

c. Keterlibatan dengan empati pada benda-benda hidup iaitu proses analogi dengan melibatkan emosi dan kinestatik pada objek analogi, misalnya: seandainya saya menjadi kereta, saya merasa seperti sedang mengikuti lumba balapan, dan saya jadi tergesa-gesa.

d. Keterlibatan dengan empati pada benda-benda mati iaitu proses analogi dengan menempatkan diri subjek sebagai suatu objek anorganik dan mencuba memperluas masalah dari pandangan simpati, misalnya, seandainya saya menjadi mesin, saya tidak tahu bila harus berjalan dan bila harus berhenti. Seseorang akan bekerja untuk saya.

  1. Analogi konflik yang ditekan iaitu kegiatan untuk mengkombinasikan titik pandangan yang berbeza terhadap suatu objek sehingga terlihat dari dua kerangka acuan yang berbeza. Hasil kegiatan ini berupa deskripsi tentang suatu objek atau gagasan berdasarkan dua kata atau frasa yang kontradiktif, misalnya: bagaimana komputer itu dianggap sebagai pemberani atau penakut? Bagaimanakah mesin kereta dapat tertawa atau marah? Tujuan kegiatan ini adalah untuk memperluas pemahaman tentang gagasan-gagasan baru dan untuk memaksimakan unsur kejutan, kerana itu maka kegiatan analogi ini dianggap sebagai kegiatan mental peringkat tinggi. Pada analogi ini, pelajar diminta menyebutkan suatu objek secara berpasangan. Semakin banyak pasangan yang disebutkan, semakin tinggi skor yang diperoleh. Berdasarkan pasangan kata tersebut, pelajar diharapkan mengemukakan objek sebanyak-banyaknya yang bersifat kontaradiktif, kemudian diminta menjelaskan mengapa benda tersebut bersifat kontradiktif.

Penerapan Synectics dalam Pembelajaran

Synectics sebagai salah satu model pembelajaran mempunyai beberapa kelebihan diantaranya adalah :-

1) mampu meningkatkan kemampuan untuk hidup dalam suasana yang kompleks dan menghargai adanya perbezaan;

2) mampu merangsang kemampuan berfikir secara kreatif;

3) mampu mengaktifkan kedua-dua belah otak;

4) mampu mewujudkan pemikiran baru. Selain itu, kelebihan dari metode synectics yang lainnya adalah boleh dikombinasi dengan model yang lain.

Pada proses yang terjadi dalam synectics, seseorang mampu mengatasi hambatan mental yang membelenggunya. Selain itu, kemampuan berfikir divergen dan kemampuan untuk memecahkan masalah akan terus berkembang. Selanjutnya, ia menjelaskan strategi yang harus dilalui ketika membuat sesuatu yang asing menjadi lazim atau membuat yang lazim menjadi asing iaitu:

1) Mendefinisikan atau menggambarkan situasi saat ini atau masalah yang sedang dihadapi;

2) menulis gagasan tentang analogi langsung;

3) menulis reaksi terhadap hasil analogi langsung;

4) mengeksplorasi sesuatu yang menjadi konfliks;

5) membuat analogi langsung yang baru; dan

6) mengujinya dalam situasi yang sebenar.

Selanjutnya, ia juga menjelaskan tentang strategi tersebut dalam praktik pembelajaran yang dalam praktiknya terbagi menjadi tujuh tahap iaitu:

1) Masukkan bahan iaitu guru mengemukakan permasalahan pada pelajar untuk diselesaikan;

2) Pembuatan analogi langsung dengan cara guru menyuruh pelajar untuk membuat analogi langsung dan pelajar melakukannya;

3) Guru mengidentifikasi hasil analogi yang telah dibuat pelajar;

4) Pelajar menjelaskan kemiripan antara sesuatu yang asing dengan yang lazim;

5) Pelajar menjelaskan perbezaan antara sesuatu yang asing dengan yang lazim;

6) Pelajar mengeksplorasi topik yang bersifat original; dan

7) Pelajar menghasilkan suatu produk melalui analogi langsung.

Penerapan synectics dalam pembelajaran menurut Joyce seharusnya mengandungi tiga prinsip iaitu:

1) Prinsip reaksi merujuk kepada respon guru terhadap pelajarnya. Diharapkan guru menerima semua respon pelajar dalam apapun bentuknya dan menjamin bahawa hal tersebut seolah-olah merupakan ungkapan kreatif pelajar, akan tetapi melalui pertanyaan evokatif, guru dapat merangsang lebih lanjut kemampuan berfikir kreatifnya;

2) Sistem sosial mendeskripsikan peranan dan hubungan antara guru dan pelajar serta mendeskripsikan jenis norma yang disarankan. Sistem sosial dalam synectics terstruktur secara sederhana, yang dalam praktiknya berupa guru mengawal dan mengarahkan pelajar untuk memecahkan masalah melalui analogi, mengembangkan kebebasan intelektual, dan memberikan hadiah yang nantinya akan menjadi kepuasan dalaman pelajar yang diperoleh dari pengalaman belajar;

3) Sistem pendukung mengacu pada keperluan yang diperlukan untuk implementasi. Sistem pendukung dalam kegiatan synectics terdiri dari pengalaman guru tentang kegiatan synectics, lingkungan yang nyaman, makmal, atau sumber belajar lainnya.


MODEL PERSONAL MELALUI CARTA

· Model ini menerapkan pendidikan supaya:

- Memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.

· Tujuan : Untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan keyakinan.

· Matlamat : Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

· Kesimpulan : Model personal terdiri daripada;

- Pendekatan untuk membentuk

- Menyepadukan aspek emosi

- Intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang

Pembelajaran melalui kaunseling

· Model tidak direktif (non-direktif) pelopornya adalah Carls Roger (1982) yang mengaitkan teknik pengajaran model personal

· Tujuan model tidak direktif : Membentuk satu komuniti pelajar yang berdisplin dan kesedaran peribadi yang tinggi.

· Konsep:

- Manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif.

- Fokuskan kepada hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran.

- Menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.

- Guru dianggap sebagai kaunselor : penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar.

- Peranan guru : membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar memainkan peranan dalam pembelajaran mereka.

- Sebagai contoh: guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri.

- Proses perkembangan kendiri: guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar menyelesaikan masalah.

- Guru mewujudkan pakatan dengan murid, bertujuan membimbing dan membantu mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan masalah.

· Tujuan model non-directive mengikut Joyce et al., (2002)

1. Memberi pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih tinggi: dengan membentuk keyakinan diri, perasaan empati terhadap orang lain serta penghargaan diri yang realistik.

2. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan inspirasi pelajar : pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.

3. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus : kreativiti dan ekpresi pelajar.

Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002). Models of learning: Tools for Teaching,(edisi kedua) Buckingham:Open University Press.

Terdapat beberapa langkah yang menggunakan model Synectics

Pembelajaran model Personal di dalam hirearki pengajaran dan pembelajaran


Cara pandangan oleh Carl Roger dalam pembelajaran secara tidak lansung





Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Pembelajaran secara tidak lansung (non-directive)

· Persekitaran pembelajaran diwujudkan untuk membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.

· Memberi penekanan kepada individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintergrasi, penuh keyakinan dan kompeten.

· Matlamat : Membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya

· Penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.

· Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi ( ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru)

· Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar utama dalam pembelajaran mereka

Pembelajaran secara Synectics

· Guru perlu menekankan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.

· Pelajar menggunakan analogi untuk memahami sesuatu situasi atau membentuk idea baru.

· Guru perlu mengarah pelajar ke dalam dunia yang tidak logik agar memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam mendalami masalah ataupun menjanakan idea yang baru.

· Pengajaran di dalam pembelajaran menggunakan kaedah humanistik kerana mengikut arah kendiri yang positif ataupun kebebasan pelajar

· Memupukkan semangat ingin tahu murid untuk mendalami apa yang diajar kelak.

· Siswa menghasilkan suatu produk melalui analogi langsung.

Pembelajaran secara KBKK

· Kemahiran berfikir dalam aktiviti digunakan untuk menggerakkan murid supaya aktif di dalam kelas.

· Strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal merupakan strategi asas yang sering kali digunakan.

· Kaedah dan teknik seperti Kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran perlu dipertimbangkan

· Kaedah dan teknik digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

· Mengadakan perbincangan di antara murid dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea.

· Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif.

· Membimbing murid supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

· Sentiasa membimbing murid meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.



Rujukan :

http://www.docstoc.com/docs/16347848/MODEL-PENGAJARAN

http://www.scribd.com/doc/35931965/Model-Pengajaran-yansyuesyie

http://echask.blogspot.com/2009/11/sejarah-kaunseling.html

http://www.scribd.com/doc/35934392/Perbandingan-Antara-Model-Pengajaran


buku

1. Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

2. Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ; Oxford Fajar

3. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), PEDAGOGI: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan; PTS Publication & Distribution Sdn.bhd

4. Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

5.

Analisis Model pengajaran Personal menggunakan teknik SWOT

Strength (Kekuatan)

Weakness (Kelemahan)

Opportunities (Peluang)


Threats

(Ancaman)

Mengeratkan hubungan antara guru dan murid

Murid akan lebih aktif daripada guru

Hubungan guru lebih mesra dan mudah untuk pelajar memahami pengajaran


Sukar

menghormati guru

kerana

menganggap guru

sebagai rakan.

Galakkan pemikiran yang kreatif

Pemikiran kreatif akan ada sekiranya mempunyai emosi yang mantap

Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.


Pelajar yang

lemah sukar untuk

mendapat perkara

yang difahami

Mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan mempunyai domain afektif

Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan

Membantu mereka membina ilmu pengetahuan yang bakal digunakan pada masa depan


Sukar menerima

hakikat sekiranya

mereka berada di

bawah.

Memberi keyakinan kepada murid

Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain.

Sentiasa mempunyai komunikasi dua hala antara guru dan murid


Murid yang lemah

akan lebih mundur

dan murung

kerana pendapat

mereka sukar

diterima.

Membentuk personaliti murid yang kompeten

Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran sendiri lalu mereka merasa tidak perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Sentiasa mempunyai ciri-ciri untuk berdaya saing yang tinggi


Pelajar yang

lemah akan dibuli

oleh pelajar yang

Pelajar lebih bijak menyelesaikan masalah

Takut membuat kesilapan.

Pelajar lebih bijak mengatur strategi


Berasa tidak
perlu
mendengar
pendapat lain
yang
bertentangan
dengan ilmu
(kepintaran)
mereka.

Murid- murid akan
menjadi lebih kreatif
dan bebas daripada
kongkongan
pemikiran bersifat
rigid. Mereka akan
memperoleh satu
kerangka pemikiran
dan perspektif yang
baru. Selain itu dapat
memupuk kemesraan
antara satu sama lain
serta menggalakkan
penglibatan yang
aktif.

Guru melahirkan
murid yang tidak
seimbang kerana
hanya menyepadukan
aspek emosi dan
intelek sahaja tanpa
mengambil kira aspek
jasmani, rohani
dan sosial.

Dapat menggalakkan sifat berdikari yang
produktif demi
meningkatkan
kesedaran kendiri dan
tanggungjawab
terhadap nasib
masing-masing.


-guru dapat
menggunakan model ini untuk mengubahsuai
persekitaran
pembelajaran murid
dengan meningkatkan
kualiti peribadi serta
perasaan mereka
berasaskan komunikasi yang berkesan.


-mewujudkan
pemahaman yang
sama antara rakan-rakan.


-membolehkan kita lebih memahami diri
kita, bertanggungjawab
atas pendidikan
seterusnya mencapai
tahap perkembangan
yang maksimum.


Dikhuatiri murid
menjadi terlalu aktif
dan menyukarkan
proses pengajaran
dan pembelajaran
guru.
-Melahirkan generasi
yang kurang seimbang kerana
hanya menumpukan
kepada aspek mental
dan emosi sahaj

1 comment: