EDU 3103 MURID & ALAM BELAJAR
Wednesday, August 25, 2010
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998).
Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa:
“Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursue goals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowledge, but newer ap- proaches stress its construction”.
Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan. Untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagian berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model pemprosesan maklumat.
SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didefinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . Proses kognitif ini hendaklah dianggap sebagai satu fenomena yang kita tidak boleh lihat secara langsung.
Pendekatan kognitif lebih menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Atau dengan perkataan lain ia lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru .Secara ringkasnya,teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar.
Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
Kesimpulannya,seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.
Teori Pembelajaran Kognitif
Pelopor dan prinsip
Wolfgang Kohler (1887-1967)
Wolgang Kohler adalah seorang ahli psikologi yang merupakan pengasas Psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka. Kohler terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal hasil kajian beliau mengenai pemerosesan kognitif khususnya proses menyelesaikan masalah. Pada tahun 1914 semasa Perang Dunia Pertama, beliau telah menjalankan kajian ke atas lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Rana, dan Sultan di Tenerife, Pulau Canary. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian. Berdasarkan hasil kajian tersebut, beliau telah menerbitkan buku berjudul The mentality of Apes pada tahun 1924. Melaui eksperimen yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa apabila haiwan itu berdepan dengan masalah, haiwan itu akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini, manusia juga mengalami situasi yang sama, iaitu penyelesaian “aha!” terhadap masalah yang mereka hadapi.
TEORI GESTALT
Gestalt pada asasnya merujuk kepada satu pola, bentuk atau konfigurasi yang diteliti atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan. Istilah Gestalt itu sendiri dalam bahasa Jerman yang membawa takrif sebagai manusia, objek, benda atau suatu keseluruhannya. Oleh kerana itu, keseluruhan sesuatu bentuk, objek atau konfigurasi itu akan dikatakan atau diandaikan mengandungi melebihi jumlah bahagian- bahagian yang menjadikannya.
Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif.Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman.Perkataan “gestalt” adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud “pola” (pattern atau configuration).Tetapi, fahaman gestalt lebih mendalam daripada kata-kata tersebut. Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole). Teori gestalt dirumuskan sebagai “the whole is greater than the sum of its parts”.
Gambaran (persepsi) terdiri daripada suatu bentuk atau konfigurasi yang
menonjol dan yang menjadi tumpuan perhatian di atas suatu latar atau layaran. Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri. Menurut Gestalt seseorang individu itu akan menggalami masalah sekiranya ia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasai sesuatu pengalaman.
Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidakmenumpukan kepada isu “kenapa” atau “mengapa” tetapi lebih memberi penekanan kepada isu atau persoalan “bagaimana “ atau proses. Pandangan umum yang dibincangkan di atas jelas memberi gambaran bahawa pendekatan terapi gestalt ini berbeza dengan teori psikoanalisis. Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan psikoanalisis yang mengatakan bahawatingkah laku dan personality manusia adalah ditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman dan luaran.
Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep ‘celik akal’ (insight).Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.Bagaimanapun, individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas.
Teori celik akal Kohler
Uji kaji cimpanzi
a) Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar cipanzi bernama Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu). Sultan cuba mencapai pisang tersebut tetapi tidak berjaya. Tidak lama selepas Sultan berehat, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut.
b) Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan.Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut.Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung. Sultan pun memanjat kotak dan menggapai pisang tersebut.
Prinsip pembelajaran celik akal Kohler
Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak.Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.
Teori pengamatan (Hukum Pragnanz)
Kumpulan Gestalt juga mengemukakan teori daripada pengamatan iaitu bagaimana manusia melihat dunia. Menurut hukum Pragnanz ini, manusia melihat dunia secara keseluruhan. Jika maklumat mencukupi, objek (rangsangan) yang tidak sempurna akan dibentuk oleh kefahaman (makna) oleh otak manusia. Perkara ini dinamakan pengamatan dan penanggapan.
Contohnya, apabila kita melihat pokok bunga, kemudian barulah kita melihat secara spesifik seperti meneliti setiap bahagian yang ada pada pokok bunga tersebut seperti bau bunga, bentuk bunga, daun, duri, ranting, akar dan sebagainya. Kemudian kita akan kembali merumus keseluruhan bahagian, warna dan ciri-ciri lain sebagai pokok.
David Ausubel (1918-kini)
Merupakan seorang ahli psikologi Amerika kelahiran New York yang terkenal dengan sumbangannya terhadap pembelajaran bermakna melalui penggunaan bahasa. Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers.Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung.Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali.
Teori pembelajarannya mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau bilik darjah. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna.bahan yang dimaksudkan boleh dalam bentuk teks atau penyampaian guru. Menurutnya lagi pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya.
Advance organizer (pendedahan awal)
Pendedahan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
Terdapat dua jenis pengurusan awal atau advance organizer iaitu pengurusan awal perbandingan/ komparatif dan pengurusan awal ekspositori.
Pengurusan awal perbandingan/komparatif
Merujuk kepada pengetahuan sedia ada (PSA) yang ada kaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. PSA dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru. Sebagai persediaan menerima maklumat baru, penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam struktur kognitif.
Pengurusan awal ekspositori
Jika pelajar tidak atau belum mempunyai pengetahuan sedia ada yang ada kaitan dengan isi pelajaranyang akan dipelajar, guru bolehlah memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks, lakaran peristiwa dan sebagainya. Perkara ini berperanan sebagai jambatan kepada maklumat baharu yang bakal dipelajari. Pendedahan maklumat umum dikenali sebagai pengurusan awal ekspositori. Dalam erti kata lain, maklumat tersebut didedahkan atau dipersembahkan lebih awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baharu. Contohnya, jika pelajar tidak tahu tentang logam, guru perlu mengajar tentang logam terlebih dahulu sebelum mengajar topik aloi. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah menerima maklumat yang disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ausubel dan pembelajaran bermakna.
Derivative subsumption, memerihalkan pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari.
Rumusan
Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran.Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.Pengetahuan biasanya disusun sistematik. Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.
Implikasi terhadap P&P
• Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan.
• Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P.
• Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza.
• Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka.
Jerome Seymour Bruner (1915 hingga kini)
Beliau adalah seorang ahli psikologi abad ke-20 yang paling terkenal.Beliau merupakan salah seorang tokoh utama revolusi kognitif.Namun, pengaruh beliau lebih ketara dalam bidang pendidikan. Malahan hasil karya Bruner The Process of Education dan Towards a Theory of Instruction telah diiktirafkan sebagai buku-buku klasik yang dibaca oleh para pendidik seluruh dunia.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh beliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
Jerome Bruner telah banyak menghasilkan penulisan dalam bidang teori-teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Kebanyakkan hasil penyelidikan beliau, terutama bukunya yang berjudul The Process of Education, telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara.
Bruner dan Pembelajaran Penemuan
Jerome Bruner sering dikait dengan pembelajaran penemuan. Jenis pembelajaran tersebut berasaskan prinsip-prinsip pembelajaran seperti yang berikut:
• Pembelajaran adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid-murid kita akan membina idea atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada. Mereka akan memilih maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis dan seterusnya mengintergrasikan bahan yang baru ke dalam pengetahuan sedia ada serta konstruk mental masing-masing. Proses ini adalah satu proses yang berterusan.
• Pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah iaitu:
- Enaktif (berasaskan tindakan). Bagi memudahkan pemahaman murid, amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit.
- Ikonik (berasaskan imej). Murid-murid berkebolehan untuk mewakilkan bahan secara grafik atau mental.
- Simbolik (berasaskan bahasa). Murid-murid berupaya menggunakan logik, kemahiran berfikir aras tinggi dan system simbol.
• Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Pecutan disebabkan oleh pemahaman satu-satu konsep yang mengambil masa untuk dikuasai sebelum berlakunya pergerakan ke langkah seterusnya.
• Persekitaran di mana kita memainkan peranan yang penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep iaitu sama ada mempercepatkan atau melambatkan.
• Murid-murid kita lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemuinya sendiri.
ANALISIS TEORI BERDASARKAN TEKNIK SWOT
STRENGTH ( KEKUATAN)
Teori ini mementingkan penyelesaian masalah. Teori ini juga mementingkan peranan murid dalam pembelajaran dalam bilik darjah tanpa hanya menekankan pembelajaran berpusatkan guru semata-mata.
WEAKNESS ( KELEMAHAN )
Teori ini mempunyai beberapa kelemahan seperti penggunaan binatang peliharaan sebagai bahan uji kaji. Kaedah ini tidak mempunyai nilai perimanusiaan da nada kalanya membuatkan haiwan tersebut tersiksa.
Opportunity ( PELUANG )
Teori ini menekan murid-murid supaya pandai merebut peluang yang ada iaitu ‘ oppurtunies’ . Ini adalah penting bagi memastikan murid-murid sentiasa berdaya saing dan maju ke hadapan.
Threat ( CARA MENGATASI )
Murid-murid akan pandai mengatasi masalah yang diberikan dan sentiasa bersedia mengharungi apa jua masalah yang mendatang.
RUJUKAN
Buku Rujukan
Keow, C. L. (2008). Murid dan Alam Belajar. Subang Jaya, Selagor: Kumpulan Budiman SDN.BHD.
Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
http://www.docstoc.com/docs/16347848/MODEL-PENGAJARAN
http://www.docstoc.com/docs/22503694/Teori-Kognitif
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-kognitif-kohler.html
http://arifwidiyatmoko.wordpress.com/2008/07/29/%E2%80%9Djerome-bruner-belajar-penemuan%E2%80%9D/
http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-pembelajaran-kognitif.html
http://www.ichabl.co.cc/2010/03/teori-hierarki-belajar-robert-m-gagne.html
http://www.slideshare.net/syireen/teori-pembelajaran-kognitif
HASIL NUKILAN :
MUHAMMAD FAZA BIN MOKHTAR
AMIR FARHAN BIN YUSOFF
SHAZATUL HAZIRAH BTE SHAMSUDIN
TEORI KOGNITIF
SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didefinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . Proses kognitif ini hendaklah dianggap sebagai satu fenomena yang kita tidak boleh lihat secara langsung.
Pendekatan kognitif lebih menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Atau dengan perkataan lain ia lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru .Secara ringkasnya,teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar.
Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
Kesimpulannya,seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.
Teori Pengajaran Behavioral
PENGENALAN
Burrhus Frederic Skinner (20 Mac 1904 - 18 Ogos 1990) adalah seorang Amerika psikologi , penulis, penemu, ahli falsafah sosial dan penyair. Dia adalah Pierce Edgar Profesor Psikologi di Universiti Harvard dari 1958 hingga bersara pada tahun 1974.
Model pengajaran behavioral
Prinsip-Prinsip Pembelajaran Masteri
HUBUNGKAIT SWOT DAN MODEL BEHAVIORAL SKINNER (1904-1990)
Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
BIODATA PENGASAS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Robert Mills Gagne adalah seorang pendidik Amerika di mana kajian tentang pembelajaran dan pengajaran sangat terpengaruh dengan sekolah Amerika. Robert Mills Gagne yang lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts, meraih A.B. Gelar dari Yale tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College untuk Perempuan (1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidikan untuk Tentera Udara (1949-1958) di tanpa tanah, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan Amerika Syarikat Dinas Pendidikan (1.964-1.966). Selain itu, ia menjabat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).
PRINSIP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat.
2) Pengaliran maklumat dua hala.
3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
MAKLUMAT LENGKAP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat
1) Pengekodan ('Encoding')
Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
2) Penyimpanan ('Storage')
Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.
3) Mengingat Kembali ('Retrieval')
Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
4) Lupaan ('forgetting')
Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.
Model pemprosesan maklumat sama seperti model komputer, iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara satu hingga tiga saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ingatan jangka pendek itu akan hilang serta merta.
Ingatan jangka panjang dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan procedural. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang bekerja atau ingatan sedar.
Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Burner. Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain.
Fasa Pengajaran Konsep :-
1) Kemukakan matlamat.
2) Contoh-contoh input.
3) Ujian untuk pencapaian konsep.
4) Analisis proses pemikiran pelajar.
Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.
Pembelajaran konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. (Matserippdhl 2008) Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Pembelajaran hukum melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne
• Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit.
• Pembelajaran berkesan meliputi lapan langkah yang meliputi lapan fasa pengajaran berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran.
Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat Ausubel
§ Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran
resepsi dan bukan pembelajaran penemuan.
§ Ausubel memperkenalkan pembelajaran ekspositori.
§ Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.
§ Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel.
§ Menggunakan prinsip pembelajaran resepsi iaitu model pengajaran ekspositori.
§ Menggunakan penyusunan awal – mengingati konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari.
Lapan jenis Pembelajaran untuk Memperoleh Maklumat pada tahun 1977, Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:
1) Pembelajaran Melalui isyarat
• Berbentuk primitif.
Contohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.
2) Pembelajaran stimuli - tindak balas
• Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan tindak balas individu.
Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut namanya.
3) Pembelajaran Melalui Rantaian
• Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan.
4) Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal
• Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
5) Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan
• Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.
Contohnya : Sebutan e dan e, murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak dan bela.
6) Pembelajaran konsep
• Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama.
Contohnya : Beg, buah-buahan dan buku.
7) Pembelajaran prinsip
• Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.
Contohnya : Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.
8) Pembelajaran penyelesaian masalah
• Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Contohnya : Menyelesaikan masalah matematik.
· Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.
· Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
· Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
· Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
· Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.
ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
KELEBIHAN KELEMAHAN KEBAIKAN KESAN