Wednesday, August 4, 2010

Teori Sosial




PENGENALAN


Pada tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada diantara mereka telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung.


Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran.


Pada tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.



BIODATA PENGASAS TEORI






Albert Bandura 1925 - present 1925 - sekarang dikenali sebagai : Dr. C. George Boeree Dr C. George Boeree Albert Bandura dilahirkan pada 4 Disember 1925, di kota kecil Mundare sebelah utara Alberta, Kanada.


Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah dasar kecil yang bergabung dengan sekolah tinggi (menengah). Hanya sedikit sahaja pelajar yang berjaya di sekolah tersebut. Beliau turut berjaya dan memperoleh tahap kejayaan yang luar biasa. Setelah melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi, beliau bekerja untuk satu musim panas mengisi lubang di Alaska Highway di Yukon. Beliau mendapat gelaran Sarjana Psikologi dari Universiti British di Columbia pada tahun 1949. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti di Iowa, dan dianugerahi gelaran Ph.D. pada tahun 1952. Di sanalah beliau datang di bawah pengaruh tradisi behavioris dan teori pembelajaran. Beliau bertemu Virginia Varns, iaitu seorang tenaga pengajar di sekolah jururawat. Mereka berkahwin dan kemudian dikurniakan dua orang puteri. Setelah mendapat kelulusan, beliau memegang jawatan sebagai pascadoktoral di Wichita Bimbingan Center di Wichita, Kansas. Pada tahun 1953, beliau mula mengajar di Universiti Stanford. Sementara itu, beliau bekerjasama dengan mahasiswa pascasarjana pertama, Richard Walters, sehingga dalam buku pertama mereka, Agresi Remaja, pada tahun 1959. Seterusnya beliau mendapat anugerah sebagai Prosefor Psikologi. Kemudian, Bandura menjadi presiden APA tahun 1973, dan menerima APA Award sebagai Tokoh Sumbangan Saintifik pada tahun 1980. Kemudian, beliau meneruskan pekerjaan di Stanford sehingga akhir hayatnya.



PRINSIP PERLAKSANAAN TEORI PEMODELAN SOSIAL



Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.



PEMERHATIAN



Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.



MENGINGAT



Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.



REPRODUKSI



Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.



PENEGUHAN / MOTIVASI



Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan-rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.




Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.



Ringkasan…



  1. Menentu dan menggunakan model yang sesuai dgn perbezaan individu dalam pembelajaran sosial.

  2. . Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur

  3. Memupuk keupayaan mengawal dan memanipulasi diri dengan menggunakan pemirian refeksi diri dan maklum balas drp model (jurulatih)

iv. Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik drp mudah kpd kompleks dan demontrasi berulang-ulang.


v. Memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh keyakinan terhadap tingkahlaku yang ditirunya. – dengan memberi peneguhan positif.




MAKLUMAT LENGKAP TENTANG TEORI BANDURA



TEORI PEMODELAN BANDURA



Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak prasekolah berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.



CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA



Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan , peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.



Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.



Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.



Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.




Ringkasan…



  1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

  2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.

  3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.

  4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

  5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

JENIS-JENIS MODEL DALAM PENIRUAN / MODEL


1. Peniruan langsung


- Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian.


Cth: meniru gaya penyanyi yang disanjungi.


2. Peniruan tak langsung -Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya.


3. Peniruan gabungan - menggabung tingkah laku yang berlainan. - Peniruan langsung dan tidak langsung. Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buku yang dibacanya.


4. peniruan sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja. - Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah. 5. peniruan tak sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.


LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PEMODELAN Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian: 1) Tumpuan ('Attention') Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain musik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri. Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Socia Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah). 2) Penyimpanan ('Retention') Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. 3) Penghasilan ('Reproduction') Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan. 4) Motivasi Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab dan keinginan untuk meniru.



BAGAIMANAKAH KITA MENIRU SESUATU MODEL : 1) Model Secara Langsung M.s. di sesetengah budaya kanak-kanak perempuan meniru kerja-kerja yang dilakukan oleh ibu dengan tujuan mengambil alih tugas seorang ibu kelak. Juga kanak-kanak meniru rakan sebaya atau adik-beradik mereka. 2) Model Simbolik Kita meniru apa yang kita lihat atau perhatikan dalam buku, gambar, katun, TV, filem dan pelbagai media masa lain. m.s. pada tahun 80an lelaki di Malaysia meniru memakai kasut tumit tinggi setelah menonton filem 'Saturday Night Fever' apabila melihat pelakon utama John Travolta memakai kasut seperti itu Los Angeles (Isnin): Seorang wanita telah membunuh anaknya dan mencampak mayat itu daripada tingkat atas sebuah bangunan. Kemudian, wanita itu telah cuba membunuh diri dengan melompat daripada bangunan itu tetapi beliau tidak mati dan berada dalam keadaan tenat. Chicago (Rabu): Seorang wanita telah membunuh tiga anak kecilnya dan membuang mayat mereka ke dalam sebuah telaga. Wanita itu cuba membunuh diri dengan melompat ke dalam telaga itu tetapi dapat diselamatkan.


Adakah peristiwa-peristiwa ini berkaitan atau dua berita berasingan? Kerap kali kita mendengar atau membaca kes-kes luar biasa dan ngeri berlaku, dan tidak lama kemudian peristiwa yang hampir sama berlaku di tempat lain. Ada pendapat yang mengatakan salah satu sifat manusia ialah untuk MENIRU (imitate) tingkahlaku atau tindak tanduk orang lain. Ketara sekali dikalangan kaum remaja. Apabila seorang penyanyi atau jaguh sukan terkenal memotong rambutnya, peminat-peminatnya juga mengikut dengan rambut pendek dan juga yang botak. Pembelajaran Sosial atau Pembelajaran Pemerhatian mencadangkan bahawa seorang individu meniru tingkahlaku yang diterima masyarakat (socially accepted behaviour) dan juga tingkahlakku yang tidak diterima masyarakat. Tingkahlaku yang diterima: a) berbeza antara satu budaya dengan satu budaya yang lain, b) berbeza antara individu, c) berbeza menurut situasi. Oleh yang demikian, pembelajaran sosial tidak hanya melibatkan mempelajari tingkahlaku yang diterima tetapi juga tingkahlaku tidak diterima. Ini adalah sama dengan proses generalisasi dan diskriminasi yang diutarakan oleh Skinner. MENGAPA MANUSIA MENIRU ? Orang meniru kerana apa yang dilakukan membawa kepuasan atau ganjaran, iaitu Peneguhan. Bagaimana peneguhan wujud? 1) Peneguhan Secara Langsung Individu mendapat ganjaran seperti pujian kerana dia meniru sesuatu tingkahlaku yang diperhatikan. m.s. budak yang meniru sebutan bapanya kerana dia dipuji dan mengulangi tingkahlaku tersebut.

2) Peneguhan Kendiri Individu meniru bukan kerana ingin dipuji tetapi kerana ingin mencapai cita-citanya sendiri. m.s. seorang pelajar meniru cara Watson Nyambek lari bukan untuk dipuji oleh jurulatihnya tetapi untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia pun boleh lari sama pantas dan ini memberi kepuasan kepadanya. 3) Peneguhan Vikarius Individu mendapat kepuasan secara tak langsung dengan meniru. Individu yang perhatikan bahawa orang lain mendapat kepuasan atau ganjaran kerana meniru model, juga berbuat demikian kerana ingin mendapat peneguhan yang sama. m.s. pelajar perhatikan rakannya dipuji oleh guru kerana menyelesaikan tugasan dengan cepat mungkin pada masa akan datang akan berbuat demikian kerana dia jangka akan menerima pujian yang sama.



PENGAPLIKASIAN MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH 1) Guru sebagai role model dan model simbolik.Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya. 2) Modifikasi tingkah laku.Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik. 3) Peniruan tidak langsung.Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak. 4) Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka. 5) Permainan dan simulasi.Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar. 6) Rakan sebaya sebagai model.Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.



PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI BANDURA Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Kata- kata kunci seperti ya’qilun, yatafakkarun, yasma’un dan sebagainya yang terdapat dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19). Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. Al-Quran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri. PENDEKATAN DAN KONTINUM TEORI Pada akhir tahun 1960, penyelidikan tentang teori perlakuan mula berkembang lebih luas menjangkau alam sosial. Pendekatan perlakuan tidak lagi terikat dengan alam eksperimen dengan pelaziman klasik dan pelaziman operan sahaja. Perkembangan dalam bidang psikologi sosial, personaliti telah memulakan terapis dalam bidang ini merintis dan meneroka aspek pembelajaran yang dilalui individu dalam kehidupannya seharian dalam alam masyarakat yang sebenar. Bandura mengemukakan satu bentuk pendekatan perlakuan yang menumpu pada pembelajaran sosial. Struktur pembelajaran berasaskan pada sistem interaksi antara tiga aspek berikut: 1) rangsangan dari acara luaran; 2)peneguhan luaran; dan 3) proses perantara secara kognitif. Pendekatan pembelajaran sosial ini menggunakan prinsip kesalingan dalam interaksi manusia dengan alam persekitarannya. Manusia dianggap sebagai agen perubahan dan mempengaruhi persekitarannya dengan cara pembelajaran mengikut percontohan. Manusia mempunyai daya rangsangan pemikiran yang boleh menggerakkan proses secara simbolik serta berupaya membuat peraturan pilihannya secara sendiri. Kefahaman seperti ini memberi penekanan bahawa tingkahlaku ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkahlaku mula difahami dengan menumpu pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan dalam masyarakat. Di samping berupaya mengubah tingkahlaku mereka mengikut matlamat dan ideal yang dikehendaki sealiran dengan usaha memahami budaya alam sekelilingnya. Pendekatan modifikasi tingkahlaku kognitif. Pendekatan ini menumpu kepada tingkahlaku hasil daripada pengstrukturan kognitif. Pengalaman seseorang digandingkan dengan cara individu tersebut mentafsir tingkahlakunya. Pentafsir yang tidak rasional boleh mengakibatkan tingkahlaku yang bercelaru. Dalam pendekatan ini, manusia tidak dianggap hanya sebagai objek. Interaksi dan tingkah laku antara insan tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan dan pemikiran. Elemen ini merupakan tumpuan induk dalam kefahaman modifikasi tingkahlaku kognitif. Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan persepsinya kepada suatu tingkahlaku. Walau bagaimanapun, setiap individu akan membuat pentafsiran yang berbeza berasaskan kepada pengalaman dan pentafsiran subjektifnya terhadap rangsangan alam persekitarannya. Unsur inilah yang membezakan antara pendekatan modifikasi tingkahlaku kognitif dengan pendekatan perlakuan pelaziman klasik. Pembolehubah perorangan menjadi satu elemen penting kerana kesalingan antara individu dengan persekitarannya melibatkan pengalaman sosial individu tersebut berserta dengan perkembangan kognitifnya. Suasana ini juga melibatkan jangkaan individu tersebut terhadap apa yang dikehendaki, di samping perlu mengikuti segala peraturan yang ada di dalam masyarakatnya.


FOTO, RAJAH, JADUAL, DAN BAHAN AUDIO VIDUAL BERKENAAN TEORI



Albert Bandura 1925


Kajian I: Kanak-Kanak Meniru Tingkahlaku Agresif: oleh Bandura (1962) dan Bandura, Ross & Ross (1963) Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.



EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA


KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.


KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo. Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.


RUMUSAN : Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan. HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN : Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif.


RUMUSAN :


Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.










JENIS-JENIS PENIRUAN / MODEL



















Jenis Model


Penerangan


Model yang lebih tua


Peniruan berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan, kehormatan dan sebagainya yg dienikmati oleh model tersebut.


Model yang berstatus tinggi


Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus tinggi mendorong org dlm kelas sosial rendah meniru tingkah laku tersebut.


Model yang mempunyai kecerdasan tinggi


Org kurang pintar menanjung dan memuja orang yang pintar.


Model yg terkenal dalam sesuatu bidang kepakaran


Ramai org kurang mahir berkecenderungan meniru model yang pakar dalam sesuatu bidang spt pendidikan, doktor, profesor dll.






TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


Jenis model dalam


Ø Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.


Ø Orang diperhatikan sebagai model.


Ø Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling).




















Jenis Model


Penerangan


Model yang lebih tua


Peniruan berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan, kehormatan dan sebagainya yg dienikmati oleh model tersebut.


Model yang berstatus tinggi


Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus tinggi mendorong org dlm kelas sosial rendah meniru tingkah laku tersebut.


Model yang mempunyai kecerdasan tinggi


Org kurang pintar menanjung dan memuja orang yang pintar.


Model yg terkenal dalam sesuatu bidang kepakaran


Ramai org kurang mahir berkecenderungan meniru model yang pakar dalam sesuatu bidang spt pendidikan, doktor, profesor dan lain-lain.













IMPLIKASI TEORI PEMODELAN BANDURA DALAM BILIK DARJAH



1) Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.


2) Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



3) Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.



4) Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.



5) Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



6) Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi.



7) Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.



8) Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.



9) Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar.



10) Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih saying.



11) Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.


12) Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model.










BAGI MURID YANG MENGALAMI :




MASALAH PENGLIHATAN


Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda.



Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.



Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya.



Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak lain supaya mereka juga turut melakukannya.





MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.



Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.



Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap.



Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya.



Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir.





MASALAH PEMBELAJARAN




Bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu.



Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)



Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.



Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.
















ANALISIS TEORI BERDASARKAN TEKNIK SWOT



Strength ( kekuatan )




1) 1Pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah kerana teori ini mengasaskan pembelajaran adalah melalui pemerhatian.


2) Menerapkan nilai positif dalam kalangan guru kerana teori ini menekankan model (guru) sebagai contoh kepada pelajar. Jadi guru mempunyai kesedaran untuk mempunyai sikap positif.


3) Murid akan lebih tertarik dengan isi pelajaran sekiranya model yang ditunjukkan oleh guru menarik.


4) Sekiranya guru memberi peneguhan positif, murid-murid akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.


5) Penting bagi guru memberi murid-murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.


6) Menggalakkan penyediaan persekitaran yang kondusif agar modelling boleh berlaku dalam kalangan pelajar.


7) Menggalakkan perhubungan antara manusia dalam sebarang proses pembelajaran kerana mementingkan tingkah laku dan perrsekitaran untuk mencontohi pelajar.


8) Teori ini tidak mendesak pelajar untuk belajar namun memujuk pelajar untuk belajar dengan menyediakan persekitaran belajar yang kondusif.



Weakness (Kekurangan)







  1. Akan memberi kesan yang buruk kepada pelajar sekiranya mereka mencontohi model yang negatif.

  2. Pembelajaran melalui pemerhatian tidak dapat menghuraikan isi pelajaran dengan tepat melainkan hanya memberi contoh pelakuan tingkah laku.

  3. Murid akan cenderung belajar melalui model atau contoh sahaja dan tidak dapat belajar dengan sendiri.

  4. Pembelajaran akan sukar berlaku sekiranya murid tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan model atau contoh pelaku.

  5. Murid-murid akan terdorong memberi prestasi yang negative sekiranya mendapat peneguhan yang negative daripada guru.

  6. Pembelajaran melalui pemerhatian mendorong pelajar memilih sesiapa sahaja yang tidak bersesuaian dengan mereka sebagai idola atau contoh.

  7. Peneguhan positif yang melampau kepada pelajar yang baik akan mencetuskan emosi yang negative kepada pelajar yang kurang baik.

  8. Paparan hasil kerja pelajar yang baik sahaja akan menjadikan pelajar yang kurang bagus merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti pembelajaran.








Opportunity (peluang)




  1. Melalui pembelajaran mengikut teori sosialis ini, pelajar dapat menggunakan kaedah atau cara yang ditunjukkan oleh pelaku atau model dengan tepat dan betul.

  2. Selain itu melalui teori pembelajaran sosialis juga pelajar dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru kerana ianya berpandukan contoh yang dilakukan oleh contoh pelaku. Contohnya dalam aktiviti yang melibatkan pergerakan kinestetik. Mereka akan peniru gaya model dan mempraktikkan untuk diri sendiri.

  3. Pelajar juga dapat menggunakan kemahiran tertentu daripada kaedah pembelajaran pemerhatian kerana melalui pemerhatian seseorang itu dapat menyimpulkan apa yang dipelajari.

  4. Pelajar juga akan meningkatkan keyakinan diri dan akan berpuas hati dengan hasil kerjanya atau perlakuannya sekiranya mendapat peneguhan yang positif daripada guru.

  5. Pelajar juga akan merasa puas hati dan berasa lebih dihargai sekiranya guru memaparkan hasil kerjanya di hadapan kelas.

  6. Akan meningkatkan daya kreativiti murid setelah melihat gaya pengajaran guru yang menarik berdasarkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru.

  7. Murid akan dapat mempelajari nilai-nilai positif daripada contoh-contoh positif yang ditunjukkan oleh guru.

  8. Melalui pembelajaran bercorak pemerhatian juga akan menggalakkan pelajar menajamkan daya pemikiran mereka daripada apa yang mereka perhatikan.

  9. Selain itu, proses peniruan ini memberi peluang kepada murid untuk mengubah atau memcipta ilham baru yang lebih berkesan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari.

  10. Murid lebih mudah belajar dan mudah mengingat sekiranya peniruan tersebut berjaya dipraktikkan.




Treat (ancaman)





  1. Pelajar akan terikut-ikut dengan tabiat contoh pelaku atau model yang negatif.

  2. Pelajar akan cenderung untuk belajar hanya dengan contoh kerana sukar

  3. memahami sesuatu pembelajaran hanya dengan membaca isi pelajaran.

  4. Menyekat daya kreativiti murid jika guru tidak menunjukkan cara pengajaran yang kraetif kepada murid-murid.

  5. Pelajar akan hilang identiti diri sekiranya terlalu bertumpu kepada contoh sesuatu model tanpa berfikir diluar daripada contoh yang diberikan.

  6. Pelajar hanya akan berusaha mencapai sesuatu prestasi yang tinggi kerana ingin mendapat peneguhan yang positif daripada guru, bukan kerana pelajar tersebut ingin memahami isi pelajaran.

  7. Pelajar akan cepat berasa bosan dengan contoh yang diberikan oleh model pelaku sekiranya tidak memahami pelakuan model tersebut.

  8. Pelajar akan merasa hampa sekiranya tidak dapat melakukan perlakuan yang sama dengan model pelaku dan merasa putus asa untuk mencuba lagi.

  9. Memberi masalah kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan model pelaku sekiranya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan model pelaku.

  10. Pelajar tidak dapat mengembangkan daya pemikirannya apabila model peniruan tersebut tidak difahami.















    RUMUSAN



    Secara rumusnya, teori pembelajaran sosialis ini merupakan suatu teori yang mengkaji tentang tiga unsur utama yang terdapat dalam teori ini iaitu individu, persekitaran, dan tingkah laku manusia. Melalui teori ini juga tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Manakala model orang telah digunakan dalam teori ini. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling).


    Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial.


    Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek-aspek penting terutamanya pengaruh-pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.


    Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 3 hingga 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.


    Kesimpulannya, teori ini sangat berguna dan amat penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kerana dapat menarik perhatian murid dan dapat mengelak kebosanan semasa pembelajaran. Selain itu guru juga dapat menjelaskan isi pelajaran dengan lebih mudah melalui demonstrasi yang dilakukan dan murid dengan mudah dapat memahaminya.

























    video
    video

    No comments:

    Post a Comment