________________________________________________________
________________________________________________________
BIODATA J.B WATSON (1878 – 1958)
TAHUN | PERISTIWA |
1878 |
|
1891 |
|
1899 |
|
1901 |
|
1903 |
|
1905 |
|
1906 |
|
1907 |
|
1913 |
|
1914 |
|
1915 |
|
1916 |
|
1919 |
|
1920 |
|
1924 |
|
1928 |
|
1945 |
|
1958 |
|
TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B WATSON (1878 – 1958)
Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Kajian beliau berkaitan dengan pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu uji kaji tentang Albert (1920) yang baru berumur 9 bulan. Dalam kajian ini kanak-kanak Albert telah dibiarkan untuk bermain sendiri dengan tikus putih. Ketika Albert sedang asyik bermain dengan tikus, Watson telah membunyikan ketukan yang kuat. Tindakan ini telah dilakukan berulang kali setiap kali Albert bermain dengan tikus putih. Hasil dari tindakan ini Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih kerana telah mengaitkan tikus tersebut dengan bunyi yang mengejutkan.
Akhirnya Albert telah takut kepada semua benda putih yang berbulu seperti rambut Watson dan juga peran muka Santa Klaus. Watson telah membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang asas, iaitu takut, marah dan sayang. Tindak balas emosi ini dapat dilazimkan.
Eksperimen “Little Albert”
Tikus --> Albert tidak taku
Bunyi kuat --> Albert takut
Tikus + Bunyi kuat --> Albert takut
Tikus --> Albert takut
Benda putih dan berbulu --> Albert takut
[ BIODATA IVAN PERTOVICH PAVLOV ]
Ivan Petrorich Pavlov (1849-1939)
Sebelum Pelaziman | Proses pelaziman | Selepas pelaziman | ||||||||||||
Rangsangan tak terlazim (Makanan) Gerak balas tak terlazim (Perembesan) TETAPI, Rangsangan neutral (Bunyi loceng) Tiada gerak balas (Tiada perembesan) | Eksperimen 1. Bunyi loceng 2. Tunggu sementara 3. Diberikan makanan 4. Proses berulang-ulang | Rangsangan tak terlazim (Makanan) Gerak balas tak terlazim (Perembesan) DAN, Rangsangan Terlazim (bunyi loceng) Gerak balas terlazim ( Perembesan ) |
Beliau adalah seorang ahli fisiologi, ahli psikologi dan ahli perubatan yang berasal daripada Negara Rusia.
Pada 1904, beliau telah dianugerah Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi / Perubatan atas eksperimen terkenal beliau. Dalam eksperimen ini, beliau telah berjaya melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi yang telah dikeluarkan oeleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas konsep pelaziman klasik pada masa kini.
[ KONSEP UTAMA PELAZIMAN KLASIK ]
KONSEP | KETERANGAN |
Rangsangan Tidak Terlazim | Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuatu tindakbalas. Contoh: makanan |
Gerakbalas Tidak Terlazim | Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan Contoh : lelehan air liur |
Rangsangan Terlazim | Rangsangan yang baru diberi bersama rangsangan lama Contoh : loceng |
Gerakbalas Terlazim | Gerakbalas yang dihasilkan oleh rangsangan oleh rangsangan baharu setelah dipadankan dengan ransangan lama. Contoh : lelehan air liur |
GENERALISASI
-Anjing akan mengeluarkan air liur sebagai respon kepada bunyi dan juga bunyi yang hampir sama.
DISKRIMINASI
-Anjing respon pada satu atau dua bunyi dengan memastikan makanan diberi selepas satu bunyi.
PENGHAPUSAN
-Rangsangan lazim diberi ( bunyi 1) tetapi tidak diikuti dengan makanan
-Gerak balas lazim ( salivating ) semakin tiada dan akhirnya hilang terus
[ IMPLIKASI KEPADA GURU ]
Kemungkinan reaksi emosi seseorang kepada pelbagai situasi mungkin dipelajari melalui pelaziman lazim.
Contohnya:
Seseorang merasa gementar apabila melihat guru disiplin. Mungkin sebelum ini dia telah melakukan kesalahan dan didenda oleh guru tersebut. Ini menyebabkan dia takut. Pembelajaran tentang emosi, sikap, idea dapat dipelajari di sekolah. Kadang-kadang pembelajaran emosi dapat mengganggu pembelajaran akademik.
BIODATA E.L. THORNDIKE (1874-1949)
- Telah dilahirkan di Williamsburg, Mass.
- Beliau telah mendapat ijazah daripada University Wesleyan (1895) dan mendapat ijazah kedua di Unversity Harvard (1896).
- Seterusnya beliau memperoleh Ph.D dalam tahun 1898 dari Columbia.
- Beliau merupakan seorang pendidik Amerika dan ahli psikologi.
- Antara hasil penulisan beliau adalah Education Psychology (1903), Mental and Social measurements (1904), dan Animal Intelligence (1911).
- Beliau telah menjadi pembantu profesor Pedagogi di Western Reserve University (1898)
- Pernah menjadi Presiden Persatuan Psikology Amerika (1898)
- Pernah dilantik presiden kedua persatuan Psikometrik
- Telah dilantik menjadi President of American Association for the Advancement of Science (1934).
- Telah menjadi pensyarah William James, Harvard University (1942–1943)
TEORI PELAZIMAN OPERAN E.L. THORNDIKE (1874-1949)
Menurut Thorndike, hubungan antara ransangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Beliau telah banyak membuat kajian tingkah laku haiwan antaranya ialah kajian tentang bagaimana kucing belajar keluar dari kurungan menunjukkan hubungan yang dimaksudkan. Dalam kajiannya, seekor kucing yang lapar telah dimasukkan ke dalam sebuah sangkar. Manakala makanan kucing pula berada di luar sangkar. Sekiranya selak pintu sangkar itu dipijak maka pintu sangkar tersebut akan terbuka dan membolehkan kucing keluar untuk makan. Kucing yang sedang lapar itu akan melakukan pelbagai tindakan rawak seperti mencakar, menguis, berlari dan memanjat untuk keluar dari sangkar tersebut. Tindakan rawak si kucing itu akan terpijak selak pintu berkenaan dan kucing akan keluar untuk mendapatkan makanan. Tindakan rawak ini dipanggil sebagai teori cuba-jaya. Kajian ini telah dilakukan berulang kali. Hal ini akan membolehkan kucing berjaya keluar dari sangkar dalam tempoh masa yang singkat dan tindakan rawak kucing juga akan berkurangan. Akhir sekali kucing akan terus dapat keluar dengan menekan tuil selak pintu berkenaan sebaik sahaja dimasukkan.
Eksperimen Thorndike
- Kucing lapar di dalam sangkar berkunci.
- Makanan kucing di luar sangkar.
- Kucing yang lapar membuat tindakan rawak (mencakar, berlari, menguis, meronta-ronta di dinding sangkar, dan memanjat).
- Tindakan rawak membuat kucing terpijak tuil selak pintu (berlaku teori cuba-jaya).
- Kucing dapat keluar dan boleh makan.
- Kajian ini berlaku berulang kali.
- Kucing dapat keluar dari sangkar dengan cepat dan tindakan rawak kucing berkurangan.
- Akhirnya, kucing terus dapat keluar dengan memijak tuil selak pintu.
Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (menekan tuil) akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Hal ini kerana jika kesan tindakan adalah negatif maka rangsangan dan gerak balas akan berkurangan dan tingkah laku tidak berulang. Melalui kajian ini beliau telah mengemukakan tiga hukum atau prinsip pembelajaran iaitu :
1. Hukum Kesediaan
Individu perlu mempunyai kesediaan untuk berlakunya tindakan atau gerak balas. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan), kesediaan afektif (minat) dan kesediaan psikomotor (fizikal). Hukum ini akan mencapai matlamat pembelajaran tetapi sebarang gangguan atau halangan pencapaian matlamat akan mengakibatkan kekecewaan.
a) Individu sudah bersedia untuk bertindak, dia dibimbing dan dibantu dan memberi kesan memuaskan.
Bersedia + dibimbing dan dibantu = kesan memuaskan
b) Individu sudah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang dan memberi yang mengecewakan.
Bersedia + dihalang = kesan mengecewakan
c) Individu belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa kesannya mengecewakan.
Belum bersedia + dipaksa = mengecewakan
2. Hukum Latihan
Rangsangan dengan gerak balas (R – G) menjadi kukuh apabila berlakunya pengulangan dan latihan yang banyak dan pelbagai. (R – G) menjadi lemah apabila sebaliknya. Hukum ini menerangkan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan mahupun dibuat lagi. Latihan dan pengulangan perlu dilakukan dalam situasi lain untuk menjamin kelangsungan pembelajaran.
3. Hukum Kesan
Menerangkan tentang tingkah laku yang diikuti hasil atau kesan yang positif akan menjadi lebih kukuh. Manakala tingkah laku yang diikuti kesan yang negatif akan menjadi lemah. Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan, hubungan dengan situasi akan lemah dan menyebabkan gerak balas tidak akan diulangi.
HUKUM TAMBAHAN THORNDIKE
1. Hukum reaksi bervariasi
Individu di awali oleh proses cuba-jaya yang menunjukkan adanya pelbagai respons yang tepat dalam memecahkan masalah yang dihadapi.
2. Hukum Sikap
Menerangkan perilaku belajar seseorang tidak hanya ditentukan oleh hubungan stimulus (rangsangan) dengan respons (gerak balas) sahaja tetapi juga ditentukan keadaan yang ada dalam diri individu dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.
3. Hukum aktiviti berat sebelah
Individu dalam proses belajar memberikan respons hanya kepada stimulus (rangsangan) tertentu sahaja sesuai dengan persepsinya terhadap keseluruhan situasi (respons selektif).
4. Hukum Respon by Analogy
Individu dapat melakukan respons pada situasi yang belum pernah dialami kerana individu dapat menghubungkan situasi yang belum dialami dengan situasi lama yang pernah dialami sehingga terjadi perpindahan unsur-unsur yang telah dikenal ke situasi baru. Semakin banyak unsur yang sama, maka perpindahan akan makin mudah berlaku.
5. Hukum perpindahan asosiasi
Proses peralihan dari situasi yang dikenal ke situasi yang belum dikenal dilakukan secara bertahap dengan cara menambahkan sedikit demi sedikit unsur baru dan membuang sedikit demi sedikit unsur lama.
Burrhus Frederic Skinner(1904-1990)
B.F. Skinner berkebangsaan Amerika dikenali sebagai tokoh berhaviouris dengan pendekatan model instruksi langsung (directed instruction) dan menyakini bahawa perikalu dikawal melalui proses operant. Beliau adalah seorang ahli behaviouris yang terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan kotak skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam kotak skinner.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
B.F Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan ‘Skinner Box’ di mana tingkah laku binatang tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod.
Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner(1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperlakukan (diulangi) atau dihapuskan(tidak diulangi), jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
LIMA PROSES DALAM TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
PENEGUHAN POSITIF
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakukan itu ditunjukkan yang menyebabakan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku | Kesan/akibat | Tingkah laku masa hadapan |
Pelajar kemukakan soalan dengan baik | Guru memuji pelajar | Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik |
PENEGUHAN NEGATIF
Peneguhan negative ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Penuguhan ini megelakkan daripada rangsangan yang tidak diingini.
Tingkah laku | Kesan /akibat | Tingkah laku masa hadapan |
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya | Guru menegur prlajar | Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya |
Rajah dibawah menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini.
Peneguhan | Maksud | contoh | Bentuk Gerak Balas | Tindakan apabila peneguhan diberhentikan |
Peneguhan berterusan | Peneguhan diberi selepas setiap tindak balas | Menonton televisyen | Cepat member kesan | Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat |
Peneguhan berkala tetap | Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan | Kuiz mingguan | Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan | Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlaku |
Penegugan berkala berubah | Peneguhan selepas jangka masa berubah-ubah | Pop kuiz | Pelajar akan lambat member gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan | Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan |
Peneguhan berkala nisbah tetap | Peneguhan selepas bilangan set gerak balas telah ditetapkan | Kerja yang dibayar mengikut kadar | Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas | Tiada nilai peneguhan dimana peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan peneguhan yang sama. |
Peneguhan berkala nisbah berubah | Peneguhan selepas beberapa bilangan gerak balas yang berubah-ubah | Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya | Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menujukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan. | Kekal tinggi |
DENDAAN
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
Jadual 6.6 dendaan
Tingkah laku | Kesan/Akibat | Tingkah Laku Masa Hadapan |
Pelajar membuat bising dalam kelas | Guru member amaran kepada pelajar | Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas |
Dendaan terbahagi kepada dua:
· Dendaan persembahan
Berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Contohnya, larian padang, system demerit, guru member kerja tambahan.
· Dendaan Penyingkiran
Berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Sebagai contoh tidak membenarkan pelajar menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik.
Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira:
· Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan
· Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum
· Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya.
· Dendaan dikenakan haruslah tekal.
· Mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati.
· Dikenali sebagai “grandma’s Rule” yang berasakan kenyataan “kamu boleh keluar selepas kamu menghabiskan sayur ini.”
· Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
PELUPUSAN
Pelupasan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika:
· Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
· Peneguhan itu tidak lagi digunakan
· Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak dating dengan serta merta.
[ APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH ]
Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut
· Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik
· Ganjaran yang diberiharuslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran, mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
· Guru perlu berhati-hati apabila member peneguhan negative kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman
· Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman
· Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
[ TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS ]
KONSEP-KONSEP PENTING BERKAITAN TEORI BEHAVIORIS
Dalam pembelajaran teori behacioris ini, kita akan cuba faham beberapa konsep penting berkait dengan Teori Behavioris. Antaranya termasuk pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, dan modifikasi tingkahlaku.
1. Pengukuhan :
Terbahagi kepada dua jenis pengukuhan iaitu pengukuhan positif dan negatif.
-Pengukuhan positif : Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkahlaku disebabkan pemberian sesuatu rangsangan berikutan gerakbalas yang ditunjukkan.
Contohnya : Seorang ibu memberikan kata-kata pujian kepada anaknya yang telah menyiapkan kerja rumah. Kata-kata pujian tadi dikatakan pengukuh positif sekiranya ia dapat meningkatkan amalan anak tadi untuk menyiapkan kerja rumah.
-Pengukuhan negatif : Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkahlaku disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan aversif berikutan gerak balas yang ditunjukkan.
Contohnya : Katakan apabila kita terlupa untuk memakai tali pinggang semasa berada dalam kereta,kedengaran bunyi buzzer. Bagi mengelakkan bunyi tersebut, kita akan sentiasa ingat untuk memakai tali pinggang sebelum memulakan perjalanan agar buzzer tersebut tidak mengeluarkan bunyi lagi.
Terdapat dua jenis dendaan ; dendaan positif dan dendaan negatif.
Dendaan positif bertujuan mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang tidak diingini melalui pemberian sesuatu rangsangan. Misalnya : merotan anak yang buat jahat atau mengarah anak membuat kerja rumah berlebihan.
Dendaan negatif pula bertujuan mengurangkan kebarangkalian tingkahlaku yang tidak diingini melalui penarikan semua sesuatu rangsangan. Misalnya : guru matapelajaran yang tidak membenarkan murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah untuk keluar pada waktu rehat.
2. Pengukuhan Berjadual
Tetap : Nisbah dan Sela
Variabel : Nisbah dan Sela
a) Nisbah Tetap
Pengukuhan diberikan selepas gerak balas ke-n, iaitu terdapat satu nisbah tetap antara tingkahlaku dan pengukuh.
Contoh makmal : Tikus dalam Kotak Skinner diberi makanan setelah menekan penekan sebanyak tiga kali, ataupun lapan kali, dan sebagainya.
Contoh dalam kehidupan seharian : Seorang jurujual kereta terpakai diberi bonus berjumlah RM 1500 bagi setiap penjualan 10 buah kereta.
b) Sela Tetap
Pengukuhan diberi untuk gerakbalas pertama setelah satu tempoh masa tetap berikutan dengan pemberian pengukuhan terakhir.
Contoh makmal : Tikus diberi pengukuhan berbentuk satu ketulan makanan bagi tekanan penekan pertama setelah berlangsungnya 20 saat pemberian pengukuhan terakhir.
Contoh dalam kehidupan seharian : Usaha membuat panggilan telefon ke stesen radio diperkukuhkan dengan kebarangkalian menang hadiah. Akan tetapi setiap orang akan hanya diberi peluang sekali sahaja dalam satu hari.
c) Variabel Nisbah
Pengukuhan diberikan setelah jumlah gerakbalas secara rawak diberi, iaitu secara purata setelah setiap gerakbalas ketiga. Ini bermaksud “x” ditukar setiap kali.
Contoh makmal : Pada mulanya, tikus perlu menekan butang sebanyak tiga kali untuk mendapatkan satu ketulan makanan, kemudian satu kali, seterusya lapan kali dan seterusnya.
Contoh dalam kehidupan seharian : Pemain roulette yang menang setiap kali percubaan, 200 kali percubaan dan sebagainya.
d) Variabel Sela
Pengukuhan diberi setelah satu jangkamasa yang berubah-ubah
Contoh makmal : Pada peringkat awal, tikus diberi pengukuhan selepas 20 saat pertama, kemudian lima saat, seterusnya 20 saat, kemudian 10 saat, dan sebagainya.
Contoh dalam kehidupan seharian : Seorang pemancing ikan mungkin akan berjaya memancing ikan berdasarkan variabel sela yang berjadual/
3. Shaping
Merujuk proses ini, tingkahlaku-tingkahlaku tertentu diberikan pengukuhan sehinggakan ia menyerupai tingkahlaku yang diingini. Teknik yang digunakan untuk mencapai matlamat ini dipanggil succesive approximations. Konsep ini juga menekanankan perbuatan membiasakan kanak-kanak dari keadaan fobia mereka. Mereka akan diberi keyakinan untuk menghadapi sesuatu yang mereka takuti (fobia) selangkah demi selangkah dengan berhati-hati. Pada akhir kaedah ini, mereka akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi ketakutan tersebut. Contohnya, seorang budak kecil akan berasa gayat untuk menuruni gelongsor. Maka, mereka akan diminta untuk membiasakan dengan ketinggian sedikit demi sedikit sehinggakan mereka berjaya melepasi perasaan gayat tersebut.
4. Modifikasi Tingkahlaku
Modifikasi tingkahlaku bertujuan menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini (dimana pengukuh tidak diberi) dan menggantikannya dengan tingkahlaku yang diingini melalui pengukuhan.
Contohnya, anda boleh minta murid yang suka buat bising dalam bilik darjah untuk keluar dari bilik darjah bagi suatu tempoh masa tertentu. Apabila mereka balik ke bilik darjah nanti dan berjaya memberi tumpuan kepada pengajaran guru, anda boleh memberikan pujian kepada mereka.
IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru perlu menentukan matlamat yang spesifik.
Guru mestilah memastikan matlamat akhir proses pembelajaran diterangkan dengan jelas.
Matlamat juga hendaklah logik dan mampu dicapai.
Objektif dinyatakan secara khusus iaitu satu objektif bagi satu langkah kecil.
Membuat pecahan tugasan pembelajaran kepada beberapa langkah yang kecil.
Setiap satu langkah mempunyai satu aktiviti yang khusus. Guru perlu menyusun setiap langkah secara ansur maju iaitu dari mudah ke susah. Langkah yang awal perlu dikuasai sebelum berpindah ke langkah seterusnya.
Melalui peneguhan berterusan akan membantu pembentukan tingkah laku. Namun peneguhan berkala perlu dikuasai iaitu peneguhan berdasarkan masa (masa tetap dan masa berubah) dan juga peneguhan berdasarkan kandungan (nisbah tetap dan nisbah berubah)
Perlu kaitkan antara pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada murid. Guru perlu memberi rangsangan kepada murid supaya dapat meningkatkan rasa ingin tahu murid dan dijadikan sebagai motivasi.
Guru akan menyediakan banyak pengulangan dan juga latih tubi yang pelbagai.
Mewujudkan aktiviti pengukuhan. Guru akan memilih dan menggunakan peneguhan malah akan mengamalkan teknik hukuman dan ganjaran.
Wujud amalan rutin belajar, keceriaan dan juga dinamika kumpulan. Mempunyai peraturan bilik darjah yang positif. Pembelajaran berlaku secara koperatif dan kolaboratif.
[ SWOT ] TEORI BEHAVIORISME.
(Strength. Weakness. Opportunities. Threats )
Kelebihan
- Sangat sesuai untuk memperoleh kemampuan yang memerlukan praktik dan pembiasaan yang mengandung unsur-unsur seperti kecepatan, spontan, kelenturan, refleks, dan daya tahan.
Contoh :
Percakapan bahasa asing,menari,berenang,olahraga.
Sesuai diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih memerlukan dominasi perlakuan orang dewasa, suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi hadiah atau pujian.
- Dapat dikendalikan melalui cara mengganti rangsangan alami dengan rangsangan yang tepat untuk mendapatkan pengulangan respons yang diinginkan, sementara individu tidak menyedari bahawa ia dikendalikan oleh rangsangan yang berasal dari luar dirinya
- Teori ini memberi penekanan dalam pengulangan tingkahlaku pelajar.
- Murid senang untuk memahami pengajaran yang diberikan oleh guru.
- Teori ini menekankan aspek peraturan tingkahlaku yang sejagat dan menggunakan pengukuhan yang berkesan.
- Menggunakan aras soalan yang tersusun untuk kemudahan murid memahami setiap yang diajar.
- Menggunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk terus belajar.
- Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman.
- Tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.
- Untuk meningkatkan tahap kesedian belajar dengan menggunakan motivasi yang sesuai.
- Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.
- Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokkan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.
Kekurangan
- Pembelajaran murid yang berpusat pada guru (teacher centered learning), bersifat meanistik, dan hanya berorientasi pada hasil yang diamati dan diukur
- Murid hanya mendengarkan dengan tertib penjelasan guru dan menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektifnya hukuman sebagai salah satu cara untuk mendisiplinkan
- Menurut teori Skinner, murid baik hukuman verbal mahupun fizik seperti kata – kata kasar , ejekan , teguran yang justeru berakibat buruk pada murid.
- Teori ini tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua pembelajaran kerana mengenepikan kesemua aspek mental.
- Teori ini tidak dapat menjelaskan sesetengah pembelajaran yang berlaku apabila kanak-kanak mengecam pola bahasa yang baharu.
- Konsep tentang sesuatu yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.
- Sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan.
- Ciri-ciri setiap ikatan (rangsangan dan gerak balas) perlu diketahui sejak awal lagi
- Teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstrak seperti kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.
Peluang
• Teori ini memberi galakan kepada murid-murid untuk lebih bergiat dalam persaingan sihat untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh guru kerana menekankan aspek peneguhan.
• Murid akan lebih berwaspada dengan dendaan yang akan diberikan sekiranya gagal membuat apa yang disuruh oleh guru.
• Murid akan mudah memahami pembelajaran disamping dapat mengaplikasikan pembelajaran tersebut.
hasil nukilan :
Muhamad Saiful Bahrin b Zainuddin
Mohd Faiz b Azman
Noor Afiza bt Rashaid
No comments:
Post a Comment